Saturday, June 16, 2012

Benih-benih Dakwah


Assalamualaikum..
Ana teringin untuk post homework yg diberikan naqib ana untuk mengungkap apa itu tarbiyah dan usrah,,moga2 usaha kecil ini dapat membantu dan diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT :)

p/s:tulisan bewarna merah adalah ulasan dan tambahan daripada naqib ana..
     minta maaf atas segala kekurangan


Tarbiyah


Tarbiyah; bahasa:pendidikan  à org yg mndidik murabbi
secara umum:1)berkembang  2)tumbuh 3)mendidik

*komen : bukan sahaja mndidik/melahirkan seorg murabbi.. tapi ingin melahirkan skumpulan muslimin yang benar2  muslim pada aqidah,akhlak,dan ibadah..

maknanya:
-“Cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata maupun secara tidak langsung dalam bentuk keteladanan, sesuai dengan sistem dan peringkat khusus yang diyakini, untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju kondisi yang lebih baik”.
(Dalam buku Manhaj Tarbiyah ‘indal Ikhwanul Muslimin)
-proses pngembangan dn bimbingan rohani dan jasmani secara menyeluruh yg dilakukan brterusan agar sasaran dakwah dpt hidup dgn teguh dlm kalangan masyarakat
-aktiviti yg dipenuhi kasih sayang,bijak, dan tidak membosankan
-mngembalikan mnusia kpd fitrah
-mberi kemuliaan dn kemudahan tnpa mlanggar batas syariat Allah swt
-proses penyiapan manusia soleh
-proses yang berperingkat=drp mudah kpd yang lebih susah
-sampaikan ilmu dgn cara yg paling mudah spye dpt jd amalan seharian

*komen : tarbiyah adalah proses ntuk mengmbalikan manusia kepada fungsinye yang asal/tujuan kite dijadikan. (fitrah)
kite diciptakan ntuk mnjadi hamba Allah + khalifah di muka bumi..
tentu kite takkan dapat melaksanakan kduanye melainkan kite ditarbiyah dgn manhaj Islami.
tarbiyah Islam sangat halus,berperingkat dan dari hati ke hati..
ia bukan paksaan, dan pastinye ini adalah hidayah dan taufik dari Allah..

Tujuan Tarbiyah:
-mengembalikan mnusia kepada fitrah
-memberi gambaran jelas tentang Islam
-menjadikan Islam sbgai panduan dan pedoman.
-mewujudkan interaksi yang baik dengan Islam
-yakni membentuk keyakinan(I’tiqad) yang sahih dan jelas
-membentuk landasan fikrah yang sesuai
-penampilan yang baik,akhlaq yang mulia,amal soleh sehingga membentuk keperibadian muslim
-memperaktikkan ajaran Islam,bukan skdr teori
-melahirkan izzah dalam diri
-meningkatkan gerakan dakwah melalui teori,teladan dan amal.
-untuk meningkatkan ruang lingkup dakwah
-perluasan harakah melalui prluasan dakwah(al-munawwarah),latih pemuda2 yg baru(bina ar-rijal)
Dan kembangkan struktur
-mewujudkan pengalaman dalam melaksanakan dakwah
-pengalaman atasi masalah dakwah
-lahirkan rasa tanggungjawab mengangkat syariat Islam dan struktur gerakan
-pengembangan kemampuan melalui dakwah,ilmiah dan kemahiran

**Tarbiyah memang bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya takkan bisa diraih kecuali melalui tarbiyah. (Dr. Mustafa Masyhur)

*komen : menarik tentang tarbiyah.. ia ibarat melatih tentera2 yang akhirnye sanggup ntuk menjadi penggerak kepada dakwah kini..
dakwah adalah ssuatu yang sukar dan mmerlukan kekuatan roh,jasmani, intelektual (ilmu) yang tinggi!!
dakwah hanya mampu dipikul oleh sekumpulan manusia yang benar2 layak!
namun, para daie perlulah memahami ISLAM secara sahih! Sbgaimana yang difahami oleh Nabi saw dan para sahabat ra…
untuk membawa Islam yang SAHIH memerlukan kekuatan yang luarbiasa.. lagi2 masa kini ..
J
ibarat bawa batu besar(amanah) meredah air sungai yang deras (arus perdana yang jahil/non Islam)..
ini adalah hakikat dakwah.. Nabi saw mengalami kesukaran apabila melawan arus yang ada ketika di Mekah.
La budda! Seorang daie kena yakin apa risalah yang dibawa dan perlu berasa IZZAH/ bangga diri dengan keimanan yang ada!
J

Wasilah Tarbiyah


Usrah
Katibah
Rehlah
Mukhayyam
Daurah
Muktamar
Nadwah

*kita perlu melalui ‘pintu2’ ini untuk memahami hakikat perjuangan seorang Muslim.. ini adalah ijtihad Hassan Albanna untuk member kefahaman yang sahih tentang Islam..
Fikrah adalah ssuatu perkara yang mendekatkan kita pada Islam.. itu bukan perkara utama..
Perkara utama adalah kite perlu memahami ISLAM secara syumul..
Kesemua wasilah ini merangkumi /mewakili kesyumulan Islam dalam aspek2 kehidupan manusia..
Eg : Usrah  - untuk meningkatkan diri dari sudut thaqafah (ilmu) , ukhuwah , etc.. (sekali seminggu)
     Katibah – Qiamulail untuk memperbaiki hubungn dengan Allah swt.. (selalu dibuat sekali sebulan)
mukhayyam- menekankan aspek jasmani dan semangat jihad yang tinggi..

Usrah


Bahasa:keluarga
Teknikal;sekumpulan kecil muslim yang ingin mempelajari dan mengamalkan Islam

-dipimpin oleh seorg murabbi yg amat komited yg brperanan sbg guru,imam,ayah,ibu,sahabat dn sebgainya.

*inilah institusi UTAMA dalam tarbiyah.. kite perlu menyerahkan segala apa yang ada dalam diri kita ke dalam institusi ini..
Naqib/mas’ul adalah individu yang paling berperanan dalam usrah.. (macam jantung usrah)
J
kita perlu menceritakan apa yang kita nak, apa yang kita nak capai, apa perancangan dakwah n tarbiyah kita kepada naqib..
Naqib ibarat mentor yang mendidik menteenye dalam dakwah… dia akan mainkan peranannya keatas kita..
bagaimana nak berdepan dgn satu2 masalah..bgaimana nak buat tu nak buat ni.. camtulah..
J
nak taknak.. kita kena jadikan dia ‘kawan rapat’ kita dalam segala hal.. lagi banyak kita kongsi dgnnye lagi banyak faedah n manfaat kita peroleh..
usrah tidak hanya berjumpa dan berpisah..
tapi usrah adalah pusat ilmu, pusat kaunseling bagi seseorang daie..
dan tak lupa ntuk ana bagitau adabiyat dalam usrah ada tiga..
1) istisyhar (berbincang) – kalau nak buat keputusan besar2.. boleh rujuk mas’ul..
2) isti’zan (minta izin) – kalau nak buat ssuatu yang besar..
3) husnu zhon (sangka baik) – kita kena yakin bahawa mas’ul adalah orang yang mampu untuk bawa kita jauh dalam dakwah.. dia akan bantu kita mnjadi muslim yang lebih baik..

Rukun Usrah

-taaruf
-tafahum
-takaful

*rukun ini secara general kita kena faham.. ia seperti kita mengenali seseorang yang ‘stranger’..
Mula2 kita berkenalan (taaruf) sehinggalah kita mengenali mcm mana orang tu.. (kegemaran/tak suka pe, orang yang pndiam ke, friendly ke)
dan akhirnya hasil perkenalan kita tu.. membawa kepada takaful iaitu kita sanggup menyerahkan harta kita, masa kita, tenaga demi membantu dia keluar dari kesusahan yang dia alami..
Inilah yang berlaku dalam usrah.. sesame ahli usrah dan naqib… 
InshaAllah ada rezeki.. Allah meletakkan kita dalam golongan ini sehingga ke akhir hayat..
Kepentingan usrah:

-tingkatkan kefahaman ttg Islam
-mngajar bgaimane Islam brdepan dgn masalah
-timbulkan rase tggungjawab trhadap ajaran Islam scre fardhi dan jamaah
-bina generasi soleh dan musleh
-bina generasi yg sedar akn kedudukan Islam dn sgale btuk ancaman trhadapnya.
-hubungkan anggota scare langsung kpd alQuran dan Sunnah
-mengikhlaskan diri beramal kpd Allah
-mnggiatkan usaha pelajari dn memahami Islam dlm kalangan anggota.
-bina tenaga yg brsedia prjuangkan Islam.
-memupuk semangat ukhwah
-tarbiyah akaliyah            -bebaskan aqal,iradah dan taqlid
-trbiyah ruhiyah                                -suci dr mazumah dn hiasi mahmudah
-bebaskan diri drp prhambaan kpd dunia.
-tarbiyah jasadiah            -pnjagaan kesihatan

*akhi.. ini lah penting nya usrah.. Usrah adalah ‘center of tarbiyah’.. tanpa usrah yang kuat dan padu..
kekuatan satu2 jemaah akan goyang dan tak bergerak langsung..
ini disebabkan kurang nya pemantauan yang berterusan ttg ilmu, amal harian (ibadah) , dakwah dari seorang naqib-ahli usrah, dan sesame ahli-ahli..
satu2 jemaah akan muncul dalam masyarakat tanpa perlu kita beritahu…
kita beritahu mereka melalui Akhlak kita..
J bukan hanya kata2 kosong yang hakikatnya tak bawa makna apa2…
 
Pengendalian usrah berkesan:

-latih kemahiran brcakap
-kefahaman dan amal kolektif
-sntiase igtkan dgn ayat al-Quran
-mnjaga ukhwah dgn sebaiknya
-bila nk sebut lelaki(lelaki dn prmpuan) ble nk sebut prmpuan khusus(prmpuan)
-jauhi punca kerenggangan
-brusaha mghadiri stp prjumpaan wlau ape jua alasan
-ikhlaska niat krn Allah
-sentimen keislaman yang jelas dlm pemikiran stp anggota
-mnunaikan solat brjemaah di masjid
-ambil berat isu umat Islam
-Qudwah Hasanah kp ahli
-galakkan ahli berfikir,


*ini bukan hanya peranan naqib seorang, satu2 usrah memerlukan komitmen yang padu dari ahli usrah juga..
ahli usrah yang menentukan keberjayaan satu2 usrah yang mereka anggotai..
kalau ‘lesu’ jer.. sudah jelas ada masalah dalam komunikasi dan komitmen dalam kalangan ahli..
bukan salah naqib 100%..
eg : dalam usrah.. kita banyak berbincang SELEPAS membuat kajian tentang bahan2 yang perlu dibaca.. tapi kalau tak baca.. camne nak bincang??
J
lagi baik kalau ada nota sendiri.. kita mampu berhujah dalam usrah/ group kecil.. yang akan melatih kita bercakap secara umum kepada kumpulan yang lebih ramai..
ini salah satu contoh..

Kesimpulan:

1) Terima kasih (smoga Allah mengganjari amalan enta) atas nota enta ni.. anggaplah ia sbg peluang ntuk enta lebih memahami islam secara sahih…
2) Penting nya tarbiyah dalam kehidupan manusia.. khususnya muslim kini..  kebanyakan muslim kini memahami islam selepas kesahihan Islam (spt zaman Rasulullah saw) telah dikaburi.. bukan Islam yang sahih.. mereka memahami islam secara juziyyah( pecah2).. sedangkan kita perlu memahami islam secara syumuliyyah..
bukan hanya memahami islam / gunakan islam dalam satu2 bidang sahaja.. tapi dalam segenap aspek kehidupan manusia..
3) Tarbiyah adalah jalan yang panjang, susah dan perlukan keSABARan yang tinggi untuk kita melaluinya. Kita kena yakin bahawa inilah satu2nya jalan yang meletakkan kembali ISLAM pada tempatnya.
4) Kesungguhan, komitmen, semangat pemuda sangat diperlukan dalam tarbiyah dan dakwah, tarbiyah  bermula perlahan.. tapi semakin lama kita dalam tarbiyah, semakin laju pacuannya..
J
5) Persediaan yang rapi dari sudut kefahaman dan amal fardi yang konsisten akan bantu kita dalam tarbiyah ni. Plus, ukhuwah islamiyyah dalam kalangan daie/orang2 yang faham dakwah ISLAM  perlu kita jaga kerana merekalah tunjang kepada gerakan dakwah. Kita memerlukan mereka sebagaimana kita memerlukan makanan dan air.
J Tanpa ikhwah, kita akan mudah terdedah pada ‘futur’ dan kalah di tengah jalan.

Jazakallah akhi.. J
Smoga mendapat manfaat sebaiknya..
Ana akan cuba bantu enta dari sudut mana yang enta nak.. InshaAllah.. 

Monday, May 7, 2012

Rasulullah saw Bergusti



Rukanah satu nama yang amat terkenal di Kota Mekah sebagai seorang yang kuat dan bertubuh sasa. Hampir tidak ada seorang pun yang tidak mengenalinya, seorang yang perkasa dan jarang ada orang yang berani menentangnya. Rukanah adalah seorang jaguh gusti yang ulung. Oleh kerana itu beliau berasa bangga dengan kekuatannya, malah beliau berani mencari lawannya. Nabi Muhammad s.a.w. mengetahui akan kemashuran Rukanah itu. Kekuatan dan keangkuhannya sering diperkatakan orang ramai. Terlintas dalam fikiran Nabi jika Rukanah ini dapat diajak memeluk Islam, beliau boleh mendatangkan kesan kepada usaha dakwah Rasulullah s.a.w. Pada suatu ketika datanglah kesempatan Nabi untuk berdakwah dengan baik kepada Rukanah dan Baginda berharap berhasil apa yang terlintas difikirannya itu. Waktu itu Rukanah berada di Syi’b (jalan dekat bukit Mekah). Nabi bertemu dengannya dan mengajak beliau beradu kekuatan sebagai satu jalan mendakwahkan Rukanah. “Wahai Rukanah!, belumkah engkau bertakwa kepada Allah dan menerima agama yang aku sampaikan?” demikian Nabi s.a.w. berkata kepadanya. “Muhammad, apakah buktinya tanda di atas kebenaran agama engkau?” jawab Rukanah. “Bagaimana jika aku dapat mengalahkan engkau dalam bergusti, adakah engkau akan beriman kepada Allah dan RasulNya?” bertanya Nabi s.a.w. Baiklah wahai Muhammad.” Rukanah menyambut pelawaan. “Bersiaplah engkau,” perintah Nabi. Rukanah pun menyiapkan diri dan berasa yakin akan dapat mengalahkan Rasulullah s.a.w. Ketegapan tubuh badannya boleh membanting Muhammad dalam waktu singkat sahaja dan beliau menganggap tentangan Muhammad adalah olok-olok dan main-main sahaja. Setahunya Nabi Muhammad hanya berdakwah sepanjang hari, tidak ada berlatih tenaga untuk menghadapinya. Dalam keadaan kesombongan sebagai jaguh gusti, Rukanah bersiap sedia dalam kebiasaan beliau bergusti. Nabi s.a.w. pun segera mendekatinya dan mengambil tempat dan menunggu kesempatan untuk menghempas dan mengalahkan lawannya. Nabi dapat memegang badan Rukanah dan dengan cepat membantingnya. Rukanah menjadi terkejut dan amat hairan kenapa Muhammad berhasil mengalahkannya sedangkan beliau mengira akan dengan mudah dapat menjatuhkan Muhammad. Sesungguhnya beliau berasa tidak berpuas hati dan meminta diulang kembali beradu tenaga. Nabi s.a.w. dengan senang hati menyanggupinya. Sekali lagi Baginda dapat membanting Rukanah dan mengalahkannya. Manakala Rukanah bertambah kehairanan seolah-olah beliau tidak mempunyai tenaga bertahan seperti yang sudah-sudah beliau beradu tenaga. Diulanginya lagi dan untuk ketiga kalinya juga Rukanah tidak Berjaya dan mengakui kekalahannya. “Sesungguhnya hairan aku dengan keadaan engkau, Muhammad!” demikian katanya kepada Nabi selepas beradu itu. Selain Rukanah, Nabi s.a.w. juga telah Berjaya menentang seorang jaguh iaitu Abu Aswad Al-Jumahy yang masyhur dengan keistimewaannya sendiri. Pernah beliau tegak di atas sekeping kulit lembu dan menyuruh 10 orang cuba menarik kulit itu dari tapak kakinya. Tetapi tidak berhasil ditarik keluar dan beliau tegak berdiri bagaikan batu besar, malahan kulit itu pula yang koyak dan terpisah kerana tarikan tersebut. Nabi telah mengajaknya berlawan sebagai satu jalan dakwah kepadanya memeluk Islam. “Jika engkau dapat menjatuhkan aku, akan akan beriman kepada engkau,” demikian kata Abu Aswad kepada Nabi. Beliau sendiri yang memberikan syarat, berlainan Rukanah yang diajak Nabi untuk beriman jika kalah. Cabaran Aswad itu diterima oleh Nabi s.a.w. Nabi Berjaya menjatuhkan Aswad sehingga beliau mengalami kekalahan yang memalukan. Walaupun begitu beliau telah tidak menepati janjinya, beliau tidak jadi beriman seperti yang diperkatakan sebelum itu. Betapa juga keadaannya, hakikatnya Nabi s.a.w. telah Berjaya menundukkan jaguh-jaguh gusti yang terkenal gagah perkasa di Mekah. Sesungguhnya tenaga luar biasa Nabi itu berasal dari iman yang kuat kepada Allah. Baginda telah melakukan dakwah kepada orang ramai menurut kemampuan dan keadaan mereka masing-masing. Jaguh-jaguh gusti dihadapi Baginda bukan seperti menghadapi masyarakat dan orang-orang ternama Quraisy dengan ayat-ayat Allah. Walaupun kesannya belum mencapai seperti pengharapan Rasulullah, tetapi keberanian dan ketabahan Nabi s.a.w. menentang orang kuat Mekah menjadi perhatian umum akhirnya. Aswad yang tidak menepati janji itu bukan sahaja kalah tetapi kemudiannya berdusta telah menjatuhkan maruahnya sendiri dan Nabi s.a.w. Berjaya meningkatkan dakwahnya.

Friday, December 23, 2011

Memperingati Peperangan Badar Kubra



بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله ومن والاه.. وبعد
Setiap kali datangnya Ramadhan para pejuang Islam tidak akan lupa peristiwa kemenangan tentera Islam dalam peperangan Badar yang menjadi hari ‘al-furqan’, hari pemisah antara kebenaran dan kebatilan dan hari penentuan antara kelangsungan Islam wujud di dunia ini atau lenyap buat selama-lamanya. Pada hari ini tentera Islam yang sedikit, datang bukan berniat untuk berperang pada asalnya telah mengalahkan tentera kuffar yang kuat, yang datang dengan penuh perasaan takbur dan bangga diri. Inilah kehendak Allah untuk Islam.
Dalam memperingati peristiwa agung ini marilah kita meneliti sejenak realiti kita dan umat Islam hari ini. Marilah kita bertanya kepada diri kita, mampukah kita memiliki ciri-ciri kemenangan yang ada kepada generasi Badar ini supaya Allah melihat kita dengan pandangan rahmatNya dan memberikan kemenangan kepada kita.
Daripada peristiwa Badar dapat disimpulkan beberapa ciri unggul generasi tersebut:

1. Sentiasa bersedia dan proaktif.
Sebahagian orang-orang beriman mengambil ringan apabila Nabi s.a.w. mengajak umat Islam keluar: (هذه عير قريش فيها أموالهم، فاخرجوا إليها لعل الله ينفلكموها) “Dalam rombongan Quraisy ini terdapat harta-harta kita, marilah kita menemui mereka mudah-mudahan Allah mengembalikannya kepada kita.”
Sebahagian orang beriman menyahut dan sebahagian yang lain merasai keberatan kerana mereka tidak menyangka akan berlaku peperangan. Sebaliknya rombongan tersebut terlepas dan umat Islam berhadapan dengan tentera Quraisy yang datang untuk menghancurkan Islam, lalu Nabi s.a.w. bertanyakan pendapat sahabat-sahabatnya.
Maka Saad bin Muaz pimpinan kaum Aus bangun dan berkata:
لقد آمنّا بك وصدقناك، وشهدنا أن ما جئت به هو الحق، وأعطيناك على ذلك عهودنا ومواثيقنا على السمع والطاعة لك، فامض يا رسول الله لِما أردت، فنحن معك، فوالذي بعثك بالحق لو استعرضت بنا البحر فخضته لخضناه معك، ما تخلف منا واحد، وما نكره أن تلقى بنا عدونا غدًا، إنا لصُبر في الحرب، صُدق عند اللقاء، لعل الله يريك منا ما تقر به عينك، فسِرْ على بركة الله
“Kami telah percaya dengan ajaranmu, kami telah membenarkan janji-janji kami dan kami bersaksi bahawa segala ajaran al-Quran yang kamu bawa adalah benar. Berdasarkan keyakinan dan penyaksian ini kami serahkan janji dan ikatan kesetiaan kami untuk dengar dan mentaati segala perintahmu. Teruskanlah ya Rasulullah apa sahaja yang kamu mahu, maka kami bersamamu. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan kebenaran jika di hadapan kami adalah lautan dan engkau mengharunginya kami akan mengharunginya bersama kamu dan tidak seorang pun daripada kami yang akan meninggalkanmu. Kami tidak pernah merasa benci jika kamu ketemukan kami dengan musuh esok hari. Sesungguhnya kami orang yang bersabar ketika berperang dan setia kepadamu ketika bertemu musuh. Mudah-mudahan Allah memperlihatkan kepada kamu apa yang menyukakan kamu pada diri kami. Maka majulah dengan keberkatan Allah.”
Sekiranya para sahabat yang tidak berangkat bersama mengetahui bahawa mereka akan berperang, Allah akan membuka pintu langit supaya malaikat dapat turun sama berperang dan diangkat ruh para syuhada ke langit tinggi nescaya mereka tidak akan merasa keberatan.
Mereka yang tidak berangkat pada hari Badar amat merasai kerugiannya, mereka terlepas daripada kemuliaan pangkat “ahli Badar” yang telah diampunkan segala dosa-dosa mereka. Malah mereka amat merasai kepedihan kerugian tidak dapat bersama-sama menyertai peperangan Badar. Bagi mereka kesilapan itu tidak akan dimaafkan kecuali mereka benar-benar berusaha mendapat pahala syahid dengan sebenarnya dalam peperangan pertama selepas itu.
Di kalangan mereka Anas bin al-Nadar telah berkata: “Sekiranya Allah ketemukan aku dengan peperangan bersama Rasulullah s.a.w. Allah akan melihat apa yang akan ku lakukan”. Beliau telah berperang dalam peperangan Uhud dan dilihat apa yang dilakukannya sehingga beliau r.a. menemui syahid. Kepadanya dan para sahabat yang lain Allah berfirman:
(مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً).

2. Kelemahan material tidak menghalang orang beriman untuk mencapai kemuliaan.
Umat Islam yang keluar untuk merampas harta daripada rombongan Quraisy tidak membuat persedian untuk berperang. Jumlah mereka tidak lebih 313 orang, hanya 70 ekor unta yang ditunggang secara bergilir dan dua orang tentera berkuda manakala selebihnya berjalan kaki. Mereka hanyalah seumpama dalam doa nabi s.a.w. اللهم إنهم حفاة فاحملهم، عالة فأغنهم، جياع فأطعمهم. .
“Ya Allah mereka ini berjalan kaki, maka bawalah mereka, miskin maka cukupkanlah mereka dan lapar, berilah makanan kepada mereka…”
Kekurangan ini tidak menghalang orang beriman membuat pilihan yang berani dan pilihan seorang yang mulia. Di hadapan mereka hanya ada dua pilihan sama ada lari meninggalkan medan pertempuran dan melenyapkan Islam selama-lamanya atau menghadapinya dengan penuh kesabaran, keberanian dan penyerahan bulat kepada Allah S.W.T.
Mereka memilih untuk bertemu musuh dan menyerahkan kepada Allah apa sahaja keputusanNya. Allah telah memutuskan kehendakNya.

3. Tarbiah dengan kehendak dan takdir Allah.
Orang-orang beriman pada awalnya bukan keluar untuk berperang tetapi Allah telah memilih sesuatu yang lebih baik untuk mereka. Orang-orang beriman hanya ingin mengambil kembali harta mereka yang dirampas oleh musyrikin Quraisy, tetapi Allah mahukan berlaku peperangan supaya berlaku kemenangan besar buat pertama kali ke atas pasukan musyrikin Quraisy. Supaya tercatat dalam sejarah muslimin, detik paling bersejarah dalam sejarah perjuangan mereka. Peristiwa ini juga merupakan didikan Allah supaya orang beriman sentiasa sedar bahawa setiap yang berlaku itu berlaku di hadapan Allah S.W.T. dan berasaskan ketentuan dan kehendak Allah.

4. Kepimpinan yang mengutamakan syura yang adil.
Rasulullah s.a.w. merupakan manusia yang paling banyak bermesyuarat dengan sahabat-sahabatnya walaupun baginda dipandu oleh wahyu. Melalui sikap ini baginda telah mendidik para sahabatnya agar meyakini bahawa mereka adalah pembawa risalah dan sama-sama bertanggungjawab untuk mempertahankannya. Melalui syura ini juga para sahabat difahamkan perbezaan antara kemaksuman Nabi s.a.w. dalam menyampai risalah dengan keadaan peperangan yang mempunyai pelbagai taktik.
Pandangan al-Hubbab bin al-Munzir supaya memindahkan tempat tentera muslimin lebih bertepatan dengan strategi peperangan begitu juga cadangan Saad bin Muaz supaya dibina sebuah tempat untuk Rasulullah s.a.w. duduk bagi memberi arahan perang melaluinya. Nabi s.a.w. menerima kedua-dua cadangan tersebut kerana ternyata kebenaran meraka. Nabi s.a.w juga bergilir-gilir menunggang unta dengan dua orang sahabat Nabi s.a.w. apabila sahabat-sahabatnya mencadangkan agar Nabi s.a.w. menaiki unta tersebut Nabi bersabda: “ Kamu berdua tidaklah terlebih gagah daripadaku dan aku juga bukan orang yang tidak memerlukan pahala sebagaimana kamu berdua”.

5. Memohon bantuan Allah dengan berdoa.
Imam Ahmad meriwayatkan melalui sanadnya daripada Ali bin Abu Thalib katanya: Aku melihat tidak ada seorang pun pada malam itu kecuali tertidur melainkan Rasulullah s.a.w. duduk di bawah sepohon pokok bersolat dan menangis, itu adalah malam peperangan Badar.. baginda banyak menyebut; ya hayyu ya Qayyum dan mengulang-ulangnya dalam sujudnya.. dan baginda mengangkat tangannya dan menyeru Tuhannya dengan doanya: “ Ya Allah, jika Engkau tewaskan pasukan ini, tidak ada sesiapa pun yang akan menyembahMu di muka bumi ini, ya Allah laksanakan kepadaku ap yang kau janjikan, ya Allah berikan kemenangan….” Baginda mengangkat tangannya ke langit sehingga terjatuh selendangnya daripada bahunya. Sehingga Abu Bakar berkata kepadanya kerana kasihankan Rasulullah s.a.w. “ Wahai Rasulullah sudahlah bermunajat kepada tuhanmu.. Dia akan melaksanakan apa yang dijanjikan kepadamu”.
Rasulullah s.a.w. berdoa bukan sekadar kerana kasihkan sahabatnya tetapi kerana mereka adalah pembawa risalah. Besok adalah hari penentuan takutkan kekalahan membawa hilangnya petunjuk kejalan kebenaran.
(إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ أَنِّي مُمِدُّكُمْ بِأَلْفٍ مِّنَ الْمَلائِكَةِ مُرْدِفِينَ) الأنفال :9)،
Lalu Allah mengutuskan malaikat bergilir-gilir bersama-sama tentera Badar.

6. Rindukan balasan syurga.
Apabila Nabi s.a.w. membakar semangat para sahabat dengan sabdanya:
(والذي نفسي بيده، لا يقاتلهم اليوم رجل، فيقتل صابرًا محتسبًا مقبلا غير مدبر؛ إلا أدخله الله الجنة)
“Demi diriku dalam genggamanNya, tidak ada seorang lelaki yang memerangi mereka hari ini, lalu beliau berperang dengan penuh kesabaran dan mengharapkan Allah mara dan tidak mundur melainkan Allah akan memasukkannya ke syurga”.
Seorang sahabat bernama Umair bin al-Humam mendengarnya dan dia sedang memakan sebiji tamar telah berkata: “Bakh, bakh, apakah antaraku dan syurga hanya mereka membunuhku? Sekiranya aku hidup untuk memakan tamar ini ia adalah kehidupan yang terlalu lama, lalu beliau melontar tamarnya dan berperang sehingga syahid r.a.”

7. Persaudaraan aqidah.
Ahli Badar telah memerdekakan wala’ mereka hanya kepada Allah, mereka telah mendahului persaudaraan atas asas aqidah mengatasi selainnya. Mereka meyakini bahawa kekuatan saf dan kemenangannya adalah berasaskan kesatuan aqidah. Mus`ab bin Umair telah melalui tempat sahabatnya yang menawan saudaranya yang musyrik Abu Aziz bin Umar lalu Mus`ab berkata: “ Pegang kuat-kuat tangannya kerana ibunya seorang yang berharta, mudah-mudahan kamu mendapat tebusan”. Lalu saudaranya itu berpaling kepadanya dan berkata: “ \Wahai saudaraku; apakah ini pesanan awak terhadapku” . Jawabnya: “Aku ada saudara lain bukan kamu”

8. Berhati-hati terhadap keinginan dunia.
Allah tidak menamakan surah yang mengkisahkan mengenai Badar dengan surah Badar tetapi dinamakan dengan surah al-Anfal sebagaimana Allah menamakan surah al-Ahzab dan al-Fath. Perkara ini perlu menjadi renungan dan ingatan sekelian muslimin kerana dalam surah ini terdapat kritikan Allah kepada orang-orang yang beriman terhadap perselisihan mereke mengenai isu al-Anfal, ia adalah teguran yang lembut dan tegas. Surah ini dinamakan surah al-Anfal supaya mereka merenungnya dalam-dalam dan mengingati teguran Allah buat selama-lamanya.
Walaupun perselisihan sahabat terhadap perkara yang belum ada nas syarak mengenainya dan ramai para sahabat melepaskan hak-hak mereka setelah diizinkan Allah sedangkan sebelumnya mereka amat menginginkannya.
Perselisihan mengenai dunia tidak akan berakhir dengan hanya menurunkan syariat berkaitan dengannya tetapi perselisihan ini hanya boleh dirawat dengan merawat hati manusia dan menyatukan mereka di atas asas taqwa, tawakkal kepada Allah, ukhuwwah dan kasih sayang kerana Allah.

Dr. Mohammed Badi’ Abd Majid Saamy,
Mursyid Am Ikhwan Muslimin
Petikan daripada Risalah Ikhwan (dengan sedikit olahan)

Thursday, December 15, 2011

couple ISLAMIC style :)


Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu…Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. “COUPLE ISLAMIC”. Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, “Have you married?”. “No.”, jawab Safura. “So, why you sit together with this ajnabi alone here”, tanya Muhammad. “Kami couple, tapi Islamic way” jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

“Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang
ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas…

Friday, December 9, 2011

Piawai Hijab Buat Kaum Hawa =)


بسم الله الرحمن الرحيم
 
Assalamuaikum, Asif jiddan atas segala kesulitan... 
InsyaAllah, segala usaha akan dikerahkan bagi terus istiqamah >_<
 
           Mungkin ramai antara muslimin dan muslimat di luar sana menyangka bahawa hijab merupakan tudung semata-mata dalam istilah bahasa Arab. Memang tidak dinafikan kesahihan istilah itu. Namun begitu, HIJAB mempunyai makna yang lebih tersurat, mendalam dan lebih luas.
           Pada permukaannya;
                        HIJAB = penutup, pelindung, penyorok
                        AURAT = sesuatu yang mengaibkan
Definisi tersebut adalah dua perkara yang amat ditekankan dalam piawaian buat Kaum Hawa, jadi kita mestilah jelas tentang maknanya...InsyaAllah =)

          
  Bagaimana pula dengan Dalil-dalil Naqli dan Hadith-hadith yang menyentuh tentang HIJAB?
       Allah SWT berfirman; " Katakanlah kepada wanita-wanita beriman agar mereka menundukkan pandangannya dan menjaga kemaluannya; dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali yang zahir ( spt:kedua mata krn keperluan untuk melihat jalan, atau bahagian luar daripada kedua tapak tangan ). Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau anak-anak lelaki mereka atau anak-anak lelaki suami mereka atau anak-anak lelaki saudara lelaki mereka atau anak-anak lelaki saudara perempuan mereka atau perempuan-perempuan(sesama ISLAM) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki(tua) yang tidak mempunyai keinginan(terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung." ( Surah An-Nur:Ayat 31)
        Rasulullah SAW bersabda;
          " Saya lihat neraka dan lihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita."

        Ibn. Umar ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda;
           " Akan datang suatu zaman kepada umatku, di mana wanita-wanita akan telanjang meskipun mereka berpakaian. Kepala-kepala mereka akan terlihat seperti punggung-punggung unta yang berjalan cepat. Jika kamu melihat mereka, kutuklah mereka kerana mereka terlepas dari rahmat Allah. Jika ada umat lain setelah kamu, nescaya wanita-wanita ini akan menjadi hamba sahaya, mereka sama seperti wanita-wanita umat sebelumnya melayani kamu." ( Musnad Ahmad )

        Tahukah antum?
Sesuatu yang mengejutkan apabila ada wanita Barat yang bertanyakan 
tentang kehormatan Wanita Timur:
" Bagaimana mereka menjaga kehormatan mereka sehingga mereka dewasa sedangkan kami yang masih remaja sudah hilang kehormatan?"
Mereka merasa kagum dengan kelebihan tersebut, namun malangnya mereka tidak mengiktiraf kedudukan dan peranan HIJAB.
 
Bagaimanapun, lebih malang jika kita sendiri tidak maklum dengan peranan dan kepentingan HIJAB...
 
       HIJAB boleh dianalogikan dengan  
Analogi Kulit dan Isi:
        - Kulit dan isi sama pentingnya, kerana tanpa kulit yang mengawal, isi akan menjadi busuk. Manakala kulit sahaja tanpa isi pula apalah ertinya...mesipun kulit dibuang untuk mendapatkan isi, kulit tetap memainkan peranan penting dalam menjamin kualiti isi!

         - Kulit tidak ubah seperti pakaian yang menutup aurat atau perhiasan wanita. Kulit yang cantik memastikan keyakinan bahawa isinya pasti sama. Marcapada, wanita-wanita yang tidak sempurna ditutup auratnya pasti terdedah kepada risiko pencemaran akhlak dan sebagainya. Dengan ini, isi lebih cepat membusuk...
            Manakala, wanita-wanita yang menyembunyikan kecantikannya dengan 'pakaian TAQWA' pasti isinya masih berada dalam keadaan yang baik dan elok =)

Analogi Undang-undang Jalan Raya:
          - Bagi muslimin dan muslimat yang sentiasa bermusafir, lalu highway lah, mana-mana jalan pun, pasti berjumpa banyak signboard dengan peraturan jalan raya yang telah ditetapkan, bukan? Jadi sememangnya JKR menetapkan sebegitu untuk keselamtan pengguna jalan raya seperti kita walaupun hakikat mematuhi itu bukanlah menyeronokkan..

           - Begitu jugalah sunnatullah dalam menciptakan manusia. Allah memerintahkan kerana Dia Maha Mengetahui keperluan hamba-hambaNya, lebih dari apa yang hamba-hambaNya ketahui. Salah satunya termasuklah Hukum Hijab bagi muslimin dan muslimat =)
             Hakikatnya, ada antara kita yang menyedari namun enggan mematuhiNya, bahkan peraturan Allah ini diganti dengan peraturan sendiri...seperti melonggar-longgarkan Hukum Hijab yang sedia ada. Maka ketahuilah bahawa kita selaku hambaNya tidak mempunyai hak bagi mempersoalkan peraturanNya apatah lagi untuk memilih ikut suka hati kita...
            So, bagi menjamin keselamatan berterusan tanpa kemalangan dan sebagainya hendaklah kita mematuhi SETIAP SATU isyarat tersebut tanpa terlepas pandang mahupun mengingkarinya. Janganlah sewenang-wenangnya kita mengabaikan peraturan ALLAH!

Analogi Harta:
          - "AKU KAYA! AKULAH JUTAWAN FAKIR!" HA!! Sebagai seorang jutawan yang mempunyai banyak harta, pasti kita akan memastikan langkah perjagaan harta yang rapi, selamat dan efektif, benar? Sebagaiman harta tersebut seperti perhiasan akan dibungkus supaya tidak calar, kemudian disimpan di dalam 'jewellary box' yang dimasukkan ke dalam peti keselamtan berkod! HAHAHA!!!! AKU KAYA!!!

           - Bagaimana usaha wanita bagi menjaga rapi kehormatan atau mahkota dirinya? Sedangkan harta juga diawasi sedemikian rupa, inikan pula kehormatan wanita yang lebih tinggi nilainya daripada harta tersebut!
******************************************************

PIAWAIAN HIJAB KAUM HAWA merangkumi beberapa aspek seperti:
          1) Suara
          2) Lidah dan ucapan
          3) Pandangan mata
          4) Ketawa
          5) Cara berjalan
          6) Ikhtilat
          7) Pakaian---> Singkat VS Labuh
                               Ketat VS Longgar
                               Jarang VS Telap
                               Menghindari Tabarruj =)

InsyaAllah, setakat perkongsian buat kali ini...moga kita mendapat ibrahnya, AMIIN =)

~ wassalam ~
 
 
 

Saturday, April 30, 2011

Some "Religious People" aren't very religious - Ummah Films - Baba Ali

Sometimes we forget what is our true purpose of being a good and serious muslim..origin, we wanted to seek for His blessings..but suddenly we realize that our intention now is trying to impress the people around us..let's think and overcome this together, insyaAllah.

Saturday, April 16, 2011

Keberanian

Tiga orang Jeneral dunia sedang bertanding keberanian tenteranya dan untuk membuktikannya setiap jeneral memerintahkan salah seorang askarnya untuk mengikuti arahannya :

1. Jepun

Jeneral : Askar maju ke sini

Askar : Baik Jeneral

Jeneral : Tangkap peluru yang saya tembakkan ke tubuh kamu

Askar : Baik Jeneral

Peluru ditembakkan dan kerana jaraknya terlalu dekat maka si askar tidak dapat menangkapnya dan terus mati.

Si jeneral dengan bangga mengatakan “lihat askar saya sangat berani dan sanggup mati”

2. Jerman

Jeneral : Askar maju ke sini

Askar : Baik jeneral

Jeneral : Tangkap peluru dari RPG yang saya tembak

Askar : Baik Jeneral

Peluru meluncur pantas dan askar yang menangkap hancur berantakan.Si Jeneral sangat bangga dan berkata ”Askar saya lebih berani, sanggup menggadai nyawa menangkap bom RPG”

3. Indonesia

Jeneral : Askar maju ke sini

Askar : Baik Jeneral

Jeneral : Seberangi kawasam periuk api dengan berlari cepat

Askar : Tidak mahu jeneral !

Jeneral : Seberangi cepat !!

Askar : Tidak mahu jeneral !

Sampai tiga kali si jeneral memerintahkan askarnya, namun tetap di tolak.

Si Jeneral berkata “Lihat askar saya yang paling berani…. perintah jeneral langsung dia tolak…”


MORAL of the STORY...

tentera indonesia paling berani adalah betul sebab mereka lebih rasional dan penuh pertimbangan, bukan hanya sami'na wa atho'na saja dalam mengambil keputusan . kerana allah tidak menyukai hamba yg tidak mau berfikir


-zikr fiddin94-

Monday, February 21, 2011

"Ummi, saya demam.."

Bismillahirrahmanirrahim.. Apa khabar iman dan jasad saudara/i sekalian? Semoga sentiasa sihat dan mantap dengan rahmat Allah hendaknya.

Maudu' di atas adalah dirujuk.
Pastinya kita pernah mengadu begitu pada ummi kita, bukan? Ketika masih di alam kanak-kanak mungkin kerana pada saat ini rata-rata sudah pandai berdikari. Justeru apa yang dilakukan untuk menyembuhkan demam tersebut? Berjumpa tabib, doktor atau sendiri menjadi nujum penyembuh? Pernah tak ummi atau kalian sendiri mengambil tuala kecil kemudian merendamkannya dalam air asam jawa dan diletakkan atas dahi. Pernah tak? Jadi di sini, ingin dikongsi sedikit tentang fiqh perubatan daripada Rasulullah SAW.

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidurrasul 1432H

Bismillahirrahmanirrahim. Bacalah dengan nama Tuhan yang menciptakan..

Selawat & salam juga buat kekasih kita Muhammad SAW.

Salam Maulidrrasul diucapkan buat seluruh umat Islam yang meraikannya.

Semoga dengan meraikan sambutan Maulidurrasul ini membuatkan kita sentiasa ingat perjuangan dan pengorbanan Rasulullah dalam membawa ajaran Islam. Bayangkan saja, bagaimana nikmat Iman dan Islam dapat kita miliki pada hari ini tanpa pengorbanan hebat daripada baginda? Renung-renung dan fikir-fikirkan. Ana tidak mahu mengulas panjang tentang episod kelahiran baginda kerana ramai yang telah maklum. Tahu atau tidak, baginda juga wafat pada tanggal 12 Rabiulawal? Justeru, ingin ana kongsikan sebuah video yang boleh menyentuh hati kita sebagai umat baginda. Hayatilah baitnya..

Wednesday, February 2, 2011

..Usah tangisi apa yang bukan milikmu..

Salam alaik. Ucapan tahmid, Alhamdulillah dirafakkan kepada Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk menulis di sini. Selawat & salam juga buat junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Tahmid juga diucapkan buat ikhwan & akhowat di Mesir yang masih dilindungi dengan rahmat Ilahi. Moga cekal & terus berjihad memcari ilmu.
Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Ya! Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Sungguh semua itu telah menghadirkan sengsara yang begitu menggelora dalam jiwa.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam qalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir yang akan menggentarkan ketenteraman jiwa.

Sunday, January 23, 2011

Dakwah kita adalah dakwah Cinta

Bila menyelami hakikat cinta, saya teringat tragedi yang menimpa sahabat lama saya Allahyarham Baharudin yang lemas bersama 3 orang anaknya sekitar awal tahun 2000an. Kami pernah bersama-sama menuntut di Australia pada tahun 1980an dan bertemu dalam program-program nasional seAustralia.

Saturday, January 1, 2011

Lembaran Baru...

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah setelah lama kita tidak mendgr sebarang berita drpd pihak SIS(kerana cuti hujung tahun), kali ini, Allah telah mengurniakan kelapangan kpd aku untuk meng'update'. Setinggi kesyukuran padaNya :)

"Tahun 2011 berlangsung datang, sesuatu harusku lepaskan, kami mengimpikan semuanya cemerlang, tahun 2010 menjadi batu loncatan"

Friday, December 3, 2010

Syaitan Pun Terkejut !!!


Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh.

Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.

Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat,

maka syaitan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat,

syaitan tersenyum lebar sambil membatin, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asik dengan kegiatannya, syaitan mulai terdiam......

Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah,

senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya', maka syaitan itu sangat panik.

Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan,

"Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"

Dengan keheranan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?".

"Aku takut !", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata syaitan sambil beredar pergi.


Keterangan:

Wahai Hamba Allah sekalian,,,

sembahlah Allah selagi kita masih berupaya melakukannya......

janganlah kita tunggu tua dulu baru nak bertaubat......

kerana kita tidak tahu bila kita akan mati samada selepas ini, esok, lusa, tahun depan..............

sembahlah Allah seikhlas hati & banyak2 berdoa........

Sesungguhnya Allah sayang kepada hamba-hambanya lebih dari seorang Ibu menyayangi anaknya.....


-MR. L-

Monday, November 29, 2010

Bestnye Citer!!!

LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING : Aku tengah tension nih . Mau jeaku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa ?

ANJING : aku lalu tepi dua orang manusialelaki dan perempuan yg sedangberkepit. Tetiba si lelaki terperanjatdan terus melompat dan berkata"hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING : Kalau aku najis sekali pon,kalau dia tersentuh aku, bolehdisamak. Yang dia sentuh dan raba-rabaawek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU : Betul tu . Memegang wanita ygbukan mahramnya tanpa ikatan ygsah, lebih dahsyat kenajisannya daripadamemegang ko anjing, malah tak bolehsuci sekalipun di samak.

ANJING : Wah .. ayat ko memang power la…manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU "Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa: Bergomolan dengan babi (khinzir)itu adalah lebih baikberbanding dengan bersentuhan (secarasengaja) dengan wanita yang bukan mahram.."

Sunday, November 28, 2010

Pemurnian Akidah : Hindari ramalan tidak berasas


Pada masa kini terlalu banyak tarikan untuk membuat ramalan masa depan seperti zodiac (ramalan bintang), ramalan potensi diri berdasarkan tarikh lahir, tulisan atau menilik tapak tangan dan banyak lagi.

Perkara ini sangat mudah didapati sama ada iklan di akhbar, majalah, tv malah terdapat juga jemputan melalui sms. Bagi mereka yang tidak mengetahui kesan buruk perkara ini akan mencubanya malah lebih parah bila mempercayainya. Antara yang menarik perhatian di laman social facebook ialah ‘melihat ramalan pekerjaan anda berdasarkan tarikh lahir’ yang mendapat tempat di hati pemilik akaunnya yang beragama Islam.



Ini semua adalah setaraf dengan menghadiri tukang nujum, tukang tenung atau tukang tilik yang mendakwa mengetahui perkara ghaib. Cuma dalam bentuk yang berbeza seiring dengan kemajuan teknologi.

Islam berpaksikan tauhid dan akidah yang benar dan amat memusuhi amalan syirik, khurafat, tahyul dan apa sahaja kebatilan yang tidak berasaskan fakta dan dalil yang benar. Meramal masa depan tanpa asas-asas yang boleh dipercayai atau saintifik adalah merosakkan akal dan menimbulkan berbagai salah sangka dalam kehidupan manusia. Ia boleh memutuskan harapan, atau membuat jangkaan yang salah. Sedangkan kita dilarang untuk berputus asa dengan rahmat Allah.

Hukum mengenai ramalan ini dapat dibahagikan kepada dua jenis :

1. Membaca dan Tidak Mempercayainya

Antara alasan kebanyakan pengguna di facebook terhadap ramalan tersebut ialah sekadar untuk suka-suka, hiburan semata-mata dengan maksud tidak mempercayainya. Apakah hukum situasi ini?

Hukumnya adalah haram. Akibatnya ialah solat tidak diterima selama 40 hari. Ini jelas berdasarkan hadis Nabi saw :

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً

Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal, maka solatnya selama 40 hari tidak diterima.”( Imam Muslim)

Maksud tidak diterima solatnya selama 40 hari dijelaskan oleh imam al-Nawawi: “Adapun maksud tidak diterima solatnya ialah solat orang tersebut tidak mendapat pahala.

Cuba renung dan fikirkan, adakah berbaloi kita bersuka-suka dan berhibur sehingga melenyapkan pahala solat yang dikerjakan sekian lama?.

1. Membaca dan Mempercayainya

Kedua: Apabila sampai membenarkan atau meyakini ramalan tersebut, maka dianggap telah mengkufuri Al Qur’an. Kerana al-Quran menyatakan hanya Allah mengetahui ilmu ghaib.Nabi saw bersabda :

مَنْ أَتَى كَاهِناً أَوْ عَرَّافاً فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ

Sesiapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal, lalu ia membenarkannya, maka sesungguhnya dia telah kufur kepada Al Qur’an yang telah diturunkan kepada Muhammad.( Imam Ahmad)

Na’uzubillah. Alangkah besarnya akibat perkara ini. Sehingga boleh membawa kepada kekufuran. Padahal ramai yang terlibat dengannya disebabkan kejahilan dan tidak mempelajari akidah islam yang sebenar.

Realiti : Hanya Allah Yang mengetahui Perkara Ghaib

Masa depan seseorang termasuk dalam perkara ghaib yang tidak ketahui oleh sesiapa melainkan Allah. Sesiapa yang mendakwa dia mengetahui kejadian masa depan tanpa sebarang alasan yang munasabah, maka dia telah menandingi kenyataan Allah.

Hatta Nabi s.a.w pun tidak dapat mengetahui masa depan, buruk dan baik yang akan menimpa melainkan dengan kadar yang Allah wahyukan kepada baginda. Firman Allah: (maksudnya):
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Jika aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya kebaikan dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah pemberi amaran (bagi orang-orang yang engkar) dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”(Surah al-A’raf: 188).

Apa yang Perlu kita Buat?
Menjadi kewajipan ke atas setiap mukmin bertawakkal kepada Allah terhadap perkara yang akan berlaku. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan dan berserahlah kepadaNya. Insya Allah, kebaikan akan dikurniakan olehNya Yang Maha Kaya.
Dari Umar bin al-Khattab r.a berkata bahawa Nabi saw bersabda :
Seandainya kamu betul-betul bertawakkal pada Allah, pasti Allah akan memberikan kepada kamu rezeki sebagaimana burung mendapatkannya. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali pada waktu petang dalam keadaan kenyang.”( al-Tirmizi dan al-Hakim)

Yakinlah kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Bila kita bergantung harap sepenuhnya kepadaNya, Dia tidak akan mensia-siakan kita. Firman Allah SWT :

وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” ( Surah Al-Talaq: 3)

Oleh yang demikian, jangan dilayan atau menyibukkan diri dengan ramalan tidak berasas kerana akibatnya boleh membawa kepada kekufuran atau solat tidak diterima selama 40 hari. Sesiapa yang pernah terlibat dengan perkara ini maka bertaubatlah dengan segera. semoga Allah merahmati dan membimbing kita ke jalan yang diredaiNya.

credit to ABU AQIL ADNAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...