CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 1, 2009

Bagaimana anda selepas usrah ?

"Usrah itu dimulakan dengan Surah al-Fatihah. Diakhiri dengan Kafarah al-Majlis dan Surah al-Asr"

Begitulah tarbiyyah mengajarkan kita. Pembinaan ummah ini memerlukan lebih daripada 1 atau 2 atau 3 jam seminggu daripada seorang muslim itu. Pengorbanannya, untuk tajarrud ilallah, untuk meletakkan dalam dirinya, 100% untuk perjuangan ini, melebihi kepentingan peribadi pada setiap detik, hinggalah di saat-saat akhir itu. Hinggakan matinya juga diharapkan menguntungkan islam, seperti matinya ghulam dalam hadis ghulam ad-dakwah, tafsir kepada Surah al-Buruj.

Namun, ikhwah dan akhwat yang amat kucintai sekalian,

Tarbiyyah juga mengajar kita untuk mengikut marhalah (tahapan) perkembangan manusia dalam kita melahirkan 'full-timer muslim' itu. Ianya menuntut kita bersabar, membiarkan anak didik kita berkembang selari dengan masa, seumpama menunggu buah delima hijau bertukar warna.

Walaupun ia kelihatan sudah berseri-seri, jangan gopoh memetiknya. Terkadang, kita nampak buah delima itu sudah cukup kemerahan, terasa ingin sangat menganyangnya, merasai setiap biji delimanya, yang dibayangkan sudah merah ranum seperti kulitnya. Namun, jika kuning dan merah itu masih belum sebati di selaput luarnya, merekah di hujung kantungnya itu pun belum pasti, kita pasti akan kecewa, kerana hanya butir-butir mentah bakal menjadi santapan, tanpa kita mampu memperbaikinya kembali. Tanpa kita mampu untuk mengharapkan buah itu berkembang, menjadi buah yang kita impi-impi, mimpi-mimpikan selama ini...

Itulah yang digambarkan oleh As-Syeikh Hassan Al-Banna dalam risalahnya:

"Bukan dari golongan kami orang yang memetik buah sebelum masaknya."

Bekerja mengikut marhalah itu merupakan rahmat, dan jika sebaliknya, merupakan bala, gambaran amal yang sia-sia.

Jauh daripada bekerja mengikut konsep-konsep umum dakwah, apatah lagi mengikut keperluan marhalah ini, menyebabkan dakwah yang kita lakukan ini tidak ubah seperti majlis-majlis ilmu yang biasa. Dakwah kita yang sepatutnya penyeruan ke arah pembebasan daripada penghambaan sesama manusia ini, seringkali menjadi sekadar dakwah menyeru ke masjid. Tiada matlamat yang jelas. Tiada amal yang terarah. Tiada penguasaan bahan yang mantap. Tiada penyempurnaan dengan kemahiran bermain dengan hati-hati insani.

"Dakwah kita adalah segalanya", hanya tinggal kata-kata. Kerana akhirnya, kita hanya berusrah selama 1 jam, 2 jam atau 3 jam seminggu, tanpa merasakan ruh usrah dalam diri bermula tamatnya usrah. Kadang-kadang, apabila kita semakin tidak bersedia, kita lebih selesa jika keluar beramai-ramai dan mendirikan 'usrah makan'. Berkumpul di kedai-kedai mamak, borak-borak kosong, dan mendidik anak-anak usrah bercakap yang sia-sia. Kata mereka, "Itu lebih baik daripada tiada apa-apa". Dan kata mereka lagi, "Usrah bukan rigid dalam halaqah-halaqah itu sahaja".

Kataku,

"Benar dan salah". Benar, usrah itu tidak terbatas dalam halaqah-halaqah perbincangan itu semata-mata. Salah, kerana anda tidak akan berhasil apa-apa jika masih ingin bersenang-senang, bermalas-malasan begitu.

Hendak mengetahui hakikat usrah serta rukunnya? Mari kita bersoal jawab dengan Al-Quran:

Apa yang ingin dibincangkan dalam usrah, ya akhi?

"Sebagaimana Kami telah mengutuskan kepadany seorang rasul, (Muhammad) dari (kalangan) kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu (Tazkirah: Tazkiyatul Nafs) dan mengajarkan kepadamu Kitab (Al-Quran: Tafsir) dan Hikmah (Sunnah: Sirah dan Hadis), serta mengajarkan apa yangbelum kamu ketahui. (Taujihat dan Musykilah)"
(Al-Baqarah 2: 151)


Selepas usrah, apa yang kita harapkan kita semua rasai?

"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku."
(Al-Baqarah 2: 152)


Takutnya ana, ya akhi. Jika ada masalah dalam usrah, apa yang perlu ana buat?

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan SOLAT. Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar."
(Al-Baqarah 2: 153)


Naqib itu Ubiquitous?

Kefahaman akan pentingnya sebuah perjumpaan yang sebegitu, dengan syarat-syarat sah usrah itu, memandu kita untuk lebih berdisiplin dalam membina rijal-rijal. Sama seperti khususnya pembinaan para sahabat rasulullah, bukan bidaah yang direka-reka. Allah sudah menyediakan templatenya, kita hanya sebagai pelaksana.

Kita tahu, bahawa, setiap minggu, usrah sebegitu wajib dilaksanakan. Dan ketahuilah sahabatku, perjumpaan setiap minggu itu akan menentukan komitmen anak-anak usrah pada minggu-minggu seterusnya. Ia akan menjadi penentu keterikatan anak-anak didik dengan saff dakwah ini. Hakikat kefuturan bermula di sini, sekiranya kita hanya mampu membuatkan mereka berfikir tentang islam, semasa halaqah kecil, sementara itu sahaja.

Disinilah letaknya kelemahan usrah-usrah di sekolah, yakni usrah-usrah yang diwajibkan, tanpa mengambil kira bahawa pelajar-pelajar itu merupakan potensi-potensi ummah yang layak membuat keputusan sendiri, kita sewajarnya hanya membimbing, bukan memaksa mereka. Gagalnya usrah kita, jika sang murobbi, hanya bertaut di hati tatkala usrah. Jika sang murobbi lansung tidak diingat mereka ketika dibaca doa rabithah. Kerana, pembinaan usrah tidak diasaskan dengan ukhuwwah islamiyyah yang menyejukkan perasaan. Aku pernah merasai kekeringan itu dahulu, yang mematikan hasratku untuk bertemu lagi dan lagi. Kita tidak sudi, jika perjumpaan kita itu mekar dengan cinta sesama saudara, yang akan melonjakkan semangat yang membara.

Sang Murobbi seharusnya menjadi umpama bakteria yang ubiquitous, berada di mana-mana sahaja. Dengan perasaan atau tanpa perasaan, mereka tidak serik-serik bertemu. Menyelesaikan permasalahan-permasalahan kecil, tindakan orang-orang bijak pandai, sebelum ia besar, lebih besar dari segala kebaikan mereka. Sang Murobbi sentiasa membakar tekad mad'u, agar mereka tidak larut dalam biah jahiliyyah, menjadi sebahagian dari penyumbang kekufuran. Berada bersama, mengingatkan mereka tentang kedamaian bersama islam, sehinggakan mereka merasakan, inilah biah dan suasana yang ingin mereka wujudkan dalam masyarakat mereka. Sudah tentunya semua ini tidak dapat dilaksana, jika taaruf tidak dilaksanakan dengan setelitinya.

Thursday, August 27, 2009

KENAPA KITA KECEWA?

Kadang-kadang kita kecewa disebabkan tidak mendapat apa yang kita inginkan. Kita seringkali menyesal pabila apa yang kita usahakan tapi tidak menjadi seperti yang diimpikan. Contonhya seperti peperiksaan atau apa yang kita lalui sekarang adalah Trial SPM. Kita tidak tahu apa resultnya hasil usaha kita jadi kita sentiasa berdoa dan bertawakal supaya apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan. Tapi pabila kita mendapat result bererapa subjek kita sudah berasa kecewa. Sebab teruk atau tak sangka kita akan dapat markah serendah itu. Lalu, kita pun rasa down dan mulalah memikirkan apa yang akan terjadi.



"Asal teruk sangat result aku? Aku dah cuba wat yang terbaik dah tapi asal result camni gak?" Kadangkala itulah yang meniti di bibir kita. "Camne ni? Risau la. Kalau addmath dah teruk camni apatah lagi subjek lain."

Sebenarnya perlu risau tu supaya kita tidak merasa kita sudah cukup hebat dan tidak perlu berusaha lagi. Tapi pada hakikatnya kita tidak perlu berasa kecewa atau menyesal dengan apa yang kita dapat kerana kita sudah pun memberikan yang terbaik dan kita sendiri yang telah memilih untuk berusaha sehingga ke tahap itu. Tapi tipula kalau kita langsung tidak rasa menyesal dengan result yang teruk. Namun, harus diingat bahawa jangan terlalu memikirkan sangat masa hadapan yang belum pasti atau apa yang akan berlaku selepas ini kerana kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku.
Dr Abdullah Al-Qarni penulis buku best seller 'LA TAHZAN' ada menyebut di dalam bukunya bahawa jangan kita terlau memikirkan sangat tentang masa hadapan kerana ianya adalah satu perkara ghaib dan perkara ghaib hanya diketahui oleh Allah swt. Kita sememangnya boleh merancang dan bermimpi apa yang kita mahukan pada masa hadapan tetapi kita tidak boleh risau atau memikirkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan kerana kita memang tak akan tahu apa yang akan berlaku. Segalanya adalah urusan Allah swt dan kita memang tak layak nak campur tangan dalam urusan Nya.
Jadi apa yang kita perlu lakukan adalah terima seadanya dan teruskan perjalanan kita kerana kita yang mengawal masa sekarang. Ada satu kata-kata hikmat yang sesuai.

"I never look back. I have no regrets. 'Cause time doesn't wait for me. I choose to go my own way." Jadikan itu sebagai satu pengajaran dan kita teruskan melangkah kehadapan.

Ada 1 tips apabila kita berhadapan dengan keadaan sedemikian. 1- sebutlah "La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'azim" (lupa la pulak makna nyer) dan bertwakal kepada Allah. 2-Banyakkan beristighfar memohon keampunan kepada Allah swt kerana ia akan meluaskan rezeki kita.

Kenapa kita perlu beristighfar unutk meluaskan rezeki? Pada zaman Rasulullah saw terdapat seorang sahabat yang bertemu Rasulullah untuk memohon nasihat.

" Ya Rasulullah. Berikan aku satu ayat atau doa yang mampu lariskan perniagaan aku. Aku sudah lama berniaga tapi masih lagi tak kaya." Lalui Rasullauh pun menjawab banyakkan beristighfar. Ada satu keadaan lagi seorang sahabat berjumpa rasulullah tanya apa yang patut dia buat untuk dapat anak kerana sudah berkahwin bertahun tapimasih belum ada anak. Nabi pun bagi jawapan yang sama.

Agak-agak kenapa nabi bagi jawapan begitu. Sebab manusia ni sifatnya sentiasa melakukan kesilapan dan dosa. Jadi antara kita sedar atau tidak kita sentiasa melakukan dosa. Orang berimanyang berdosa ni pada hakikatnya Allah akan menyempitkan pintu rezekinya. Semakin banyak dosa kita semakin sempit rezeki kita. Sebab itu kita perlu beristighfar memohon keampunan Allah supaya pintu rezeki kita menjadi luas.



Jadi kalau kita rasa frust dengan result exam kita banyakkan la istighfar sebab mungkin apa yang kita dapat tu adalah hsil usaha kita sama ada baik atau buruk. Apatah lagi dalam bulan Ramadan, banyakkan la beristighfar. Semoga kita mendapat pengampuanan daripada Nya.

Tuesday, August 25, 2009

Ramadan: Madrasah Pendidikan Diri

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan...
Datangmu membawa sejuta rahmat. Pergimu ditangisi para ma
laikat dan penghuni kubur. Sebenarnya antara ibadat yang paling istimewa adalah ibadat puasa. Puasa ni sebenarnya paling unik kerana kita sebenarnya tidak perlu "perform" tapi kita perlu "resist". Kenapa kita menganggap Ramadan sebagai bulan pendidikan? Ramadan sebenarnya sangant mulia dan perlu diambil peluang selama 1 bulan, 30 hari, 720 jam, 43200 minit, 2592000 saat yang ada untuk mendidik diri sebagai seorang muslim yang unggul.


1. Ramadan bulan kesabaran.

Pada bulan inilah segala kemahuan kita dan tindak tanduk kita perlu dijaga. Kalau lapar tak boleh nak makan. Kalau dahaga tak boleh nak minum. Memang terasa nikmatnya kalau kita dapat seteguk air sejuk pada waktu tengahari yang terik ini. Tapi sabar. Itulah tujuan kita berpuasa. Mata kena jaga, lebih-lebih lagi kalau berjalan-jalan di Mid. Kena la jaga pandangan supaya jantung tak berdegu kencang. Hehe. Pada masa inilah kita kena mendidik nafsu yang sememangnya jahat. Kepada golongan yang suka "layan" nafsu sendiri, pada masa inilah kita cuba untuk menundukkan nafsu kita dan tidak lagi melakukan perbuatan terkutuk itu.


2. Ramadan adalah bulan jihad dan perjuangan.

Di dalam bulan ini orang-orang beriman mencapai kemuncak ikhlas dan taqwa, kedua-duanya adalah resepi kemenangan dalam Jihad. Di dalam Ramadan orang-orang beriman memenangi Perang Badar (Tahun 2H), Perang Pembukaan Mekah (Tahun 8H) dan Perang Ain Jalut mengalahkan tentara Monggul. Pada masa inilah kita ingin membina kekuatan. Walaupun tanpa makan dan minum dan sebagainya kita masih lagi boleh melakukan aktiviti harian dan bleh berjuang di jalan-Nya.
3. Ramadan adalah bulan kegigihan dan kerajinan

Bulan yang rahmat ini digandakan amalan2 yg kita lakukan. Oleh itu, gandakanlah usaha dan ibadat sama ada ibadat khusus atau umum. Dengan melakukan yang demikian, kita dapat menjadi orang yang lebih rajin dan gigih.



Semoga Ramadan pada tahun ini merupakan Ramadan yang terbaik buat kita, berjaya kita lalui sepenuhnya dan mendapat rahmah (belas kasih Allah swt), maghfirah (keampunanNya) dan itqum minannar (selamat dari api Neraka). Ya Allah terimalah puasa, solat Tarawih, qiyamullail dan iktikaf kami dibulan yang mulia ini. Ya Allah, terimalah ibadah dan taqarrub (usaha mendekatkan hati dan diri) kami kepadaMu.

Ya Allah, jadikanlah kami diakhir Ramadan dikalangan hamba-hambaMu yang bertaqwa seperti firmanMu bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa…” (surah Al-Baqarah). Ameen.