Tentang Kami

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah, rasa syukur dipanjatkan kepada Ilahi kerana kita masih diberikan nikmat iman dan islam. Semashur Islamic Society adalah sebuah Badan Dakwah dan Rohani Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor. Badan ini ditubuhkan pada tahun 2003 iaitu setelah 3 tahun Semahur dibuka. Penubuhan badan ini adalah bertujuan memelihara dan mewujudkan seruan amar makruf nahi munkar di sekolah. Dengan tertubuhnya organisasi dakwah ini bi'ah islami di sekolah secara tidak langsung dapat dilaksanakan dalam kalangan pelajar. Bertepatan dengan moto, Melahirkan Generasi Tunggak Agama, pelbagai program direncana bagi melahirkan insan yang bertaqwa di samping mempunyai intelektual berwibawa.



Melalui laman sesawang yang dibina ini, insyaAllah pelbagai informasi dan ilmu dapat dikongsi bersama tidak kira buat pelajar-pelajar yang masih menuntut di Semashur mahupun bekas-bekas pelajar Semashur. Di samping itu, idea dan sumbang saran daripada badan-badan dakwah sekolah-sekolah lain juga dapat dicedok dan digunakan untuk memperkasakan lagi institusi dakwah ini.



Akhir kalam, semoga perkongsian di sini memberi manfaat buat kita semua. Salam perjuangan kami hulurkan buat para pengunjung..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...