بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamuaikum, Asif jiddan atas segala kesulitan...
InsyaAllah, segala usaha akan dikerahkan bagi terus istiqamah >_<
Mungkin ramai antara muslimin dan muslimat di luar sana menyangka bahawa hijab merupakan tudung semata-mata dalam istilah bahasa Arab. Memang tidak dinafikan kesahihan istilah itu. Namun begitu, HIJAB mempunyai makna yang lebih tersurat, mendalam dan lebih luas.
HIJAB = penutup, pelindung, penyorok
AURAT = sesuatu yang mengaibkan
Definisi tersebut adalah dua perkara yang amat ditekankan dalam piawaian buat Kaum Hawa, jadi kita mestilah jelas tentang maknanya...InsyaAllah =)
Bagaimana pula dengan Dalil-dalil Naqli dan Hadith-hadith yang menyentuh tentang HIJAB?
Allah SWT berfirman; " Katakanlah kepada wanita-wanita beriman agar mereka menundukkan pandangannya dan menjaga kemaluannya; dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali yang zahir ( spt:kedua mata krn keperluan untuk melihat jalan, atau bahagian luar daripada kedua tapak tangan ). Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau anak-anak lelaki mereka atau anak-anak lelaki suami mereka atau anak-anak lelaki saudara lelaki mereka atau anak-anak lelaki saudara perempuan mereka atau perempuan-perempuan(sesama ISLAM) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki(tua) yang tidak mempunyai keinginan(terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung." ( Surah An-Nur:Ayat 31)
Rasulullah SAW bersabda;
" Saya lihat neraka dan lihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita."
Ibn. Umar ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda;
" Akan datang suatu zaman kepada umatku, di mana wanita-wanita akan telanjang meskipun mereka berpakaian. Kepala-kepala mereka akan terlihat seperti punggung-punggung unta yang berjalan cepat. Jika kamu melihat mereka, kutuklah mereka kerana mereka terlepas dari rahmat Allah. Jika ada umat lain setelah kamu, nescaya wanita-wanita ini akan menjadi hamba sahaya, mereka sama seperti wanita-wanita umat sebelumnya melayani kamu." ( Musnad Ahmad )
Sesuatu yang mengejutkan apabila ada wanita Barat yang bertanyakan
tentang kehormatan Wanita Timur:
" Bagaimana mereka menjaga kehormatan mereka sehingga mereka dewasa sedangkan kami yang masih remaja sudah hilang kehormatan?"
Mereka merasa kagum dengan kelebihan tersebut, namun malangnya mereka tidak mengiktiraf kedudukan dan peranan HIJAB.
Bagaimanapun, lebih malang jika kita sendiri tidak maklum dengan peranan dan kepentingan HIJAB...
HIJAB boleh dianalogikan dengan
Analogi Kulit dan Isi:
- Kulit dan isi sama pentingnya, kerana tanpa kulit yang mengawal, isi akan menjadi busuk. Manakala kulit sahaja tanpa isi pula apalah ertinya...mesipun kulit dibuang untuk mendapatkan isi, kulit tetap memainkan peranan penting dalam menjamin kualiti isi!
- Kulit tidak ubah seperti pakaian yang menutup aurat atau perhiasan wanita. Kulit yang cantik memastikan keyakinan bahawa isinya pasti sama. Marcapada, wanita-wanita yang tidak sempurna ditutup auratnya pasti terdedah kepada risiko pencemaran akhlak dan sebagainya. Dengan ini, isi lebih cepat membusuk...
Manakala, wanita-wanita yang menyembunyikan kecantikannya dengan 'pakaian TAQWA' pasti isinya masih berada dalam keadaan yang baik dan elok =)
Analogi Undang-undang Jalan Raya:
- Bagi muslimin dan muslimat yang sentiasa bermusafir, lalu highway lah, mana-mana jalan pun, pasti berjumpa banyak signboard dengan peraturan jalan raya yang telah ditetapkan, bukan? Jadi sememangnya JKR menetapkan sebegitu untuk keselamtan pengguna jalan raya seperti kita walaupun hakikat mematuhi itu bukanlah menyeronokkan..
- Begitu jugalah sunnatullah dalam menciptakan manusia. Allah memerintahkan kerana Dia Maha Mengetahui keperluan hamba-hambaNya, lebih dari apa yang hamba-hambaNya ketahui. Salah satunya termasuklah Hukum Hijab bagi muslimin dan muslimat =)
Hakikatnya, ada antara kita yang menyedari namun enggan mematuhiNya, bahkan peraturan Allah ini diganti dengan peraturan sendiri...seperti melonggar-longgarkan Hukum Hijab yang sedia ada. Maka ketahuilah bahawa kita selaku hambaNya tidak mempunyai hak bagi mempersoalkan peraturanNya apatah lagi untuk memilih ikut suka hati kita...
So, bagi menjamin keselamatan berterusan tanpa kemalangan dan sebagainya hendaklah kita mematuhi SETIAP SATU isyarat tersebut tanpa terlepas pandang mahupun mengingkarinya. Janganlah sewenang-wenangnya kita mengabaikan peraturan ALLAH!
Analogi Harta:
- "AKU KAYA! AKULAH JUTAWAN FAKIR!" HA!! Sebagai seorang jutawan yang mempunyai banyak harta, pasti kita akan memastikan langkah perjagaan harta yang rapi, selamat dan efektif, benar? Sebagaiman harta tersebut seperti perhiasan akan dibungkus supaya tidak calar, kemudian disimpan di dalam 'jewellary box' yang dimasukkan ke dalam peti keselamtan berkod! HAHAHA!!!! AKU KAYA!!!
- Bagaimana usaha wanita bagi menjaga rapi kehormatan atau mahkota dirinya? Sedangkan harta juga diawasi sedemikian rupa, inikan pula kehormatan wanita yang lebih tinggi nilainya daripada harta tersebut!
******************************************************
PIAWAIAN HIJAB KAUM HAWA merangkumi beberapa aspek seperti:
1) Suara
2) Lidah dan ucapan
4) Ketawa
5) Cara berjalan
6) Ikhtilat
7) Pakaian---> Singkat VS Labuh
Ketat VS Longgar
Jarang VS Telap
Menghindari Tabarruj =)
InsyaAllah, setakat perkongsian buat kali ini...moga kita mendapat ibrahnya, AMIIN =)
~ wassalam ~
No comments:
Post a Comment