Posted by : Muhaimin Naim Md. Nasir
Kenape perlu ada peraturan cinta? Jawapannya, sbb Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan byk kemusnahan. Camtulah hubungan cinta yang terlarang, yg akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman dahpun mengajar kita bahawa jgn sekali-kali (bkn sekali ye…) bermain cinta, nanti terbakar diri. Dah banyak tragedi yg berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan. Cinta yg terlarang, adalah cinta yg sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yg dah tercemar ini tak akan tahan lama. Lpas dah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai. Hehe..
Hubungan cinta jgn dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih byk perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yg akan berlaku. Jgn kita tertipu dgn pesona cinta yg dihiasi berbagai janji dan sumpah setia. Jgn kita mabuk dgn rindu dan asyik yg membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan tau! Time tulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintainya.
Ketika itu hati tak nampak yg lain kecuali apa yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta cinta sbb terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya. Ah, mcm mane ek perasaan kita agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah smpai terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya? Tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta yang terlarang. Hukumnya dilanggar bukan dgn rasa bersalah tapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan mahramnye. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Rasulullah s.a.w(jgn lupe sahut) bahawa dlm keadaan begitu syaitan adalah orang yg ketiga. Lebih dari itupun byk berlaku. Semuanya seolah-olah halal hanya kerana cinta. Racun-racun berbisa yg memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja.
Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan bohsia, bohjan, buang bayi dan zina. Ketika itu indahkah cinta? Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan-raya. Kereta diciptakan dgn kuasa untuk bergerak, tapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Kalau tak, dengan kuasa tu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Camtu lah cinta, ia adalah kuasa tapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.
Apakah peraturan -peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah S.W.T. Maksudnye, cinta yg kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dpt memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan dgn itu, cinta antara lelaki dgn perempuan mestilah diniatkan untuk Allah S.W.T. Soalnya camne? Iringilah dengan niat untuk berkahwin sbb berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya.
Sabda Rasulullah SAW(sahut lagi ye…): "Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya."
Oleh itu usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi jgnlah ada niat-niat yg jahat dlm bercinta samada didorong oleh hasutan nafsu atau pujukan syaitan. Kalau tak ada niat untuk berkahwin, cinta dah pasti bukan kerana Allah la! Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yg akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya Cinta Monyet! Selain itu hendaklah dipastikan time menjalinkan hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilanggar. Antarenye, tak ada pergaulan bebas, tak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara-perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain.
Hubungan cinta juga jgn la sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan lak. Remaja tak seharusnya mengeluh dan berkata, “cinta ape ni klau x de dating?”,(adoiyaii) perbualan telefon secara marathon(hehe), surat cinta, pegang tangan, jelingan senyuman? Yakinlah Tak ade keindahan dgn melanggar peraturan Allah. Clash, frust cinta yg begitu dominan dlm kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yg disangka baja ini. Justeru byklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allah Maha Mengetahui dan Maha Mnyayangi. Segala peraturan-Nya dibuat dgn rasa cinta terhadap hamba-hamba-Nya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua tu. Dan cinta itu cnfrm akan membawa ke gerbang perkahwinan utk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan klau ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga tempat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah. Isk3.. come on la.. kita pun baru duduk asrama/sekolah. Makan dan minum pun emak dgn ayah yg support. Bayangkan, kahwin umur 24 tahun, skrg baru berbelas-belas. Lame lagi bai! Dah cukup ke amalan kita semua? Sedarlah! Stabilkanlah dunia dan akhirat.
“Perempuan-perempuan yang jahat hanya untuk lelaki-lelaki yang jahat, lelaki-lelaki yang jahat hanya untuk perempuan-perempuan yang jahat pula, perempuan-perempuan yang baik hanya untuk lelaki-lelaki yang baik, lelaki-lelaki yang baik hanya untuk perempuan-perempuan yang baik pula. Mereka itu (orang-orang yang baik) terlepas daripada tuduhan yang mereka katakana, untuk mereka itulah diberikan keampunan dan rezeki yang mulia.”
Rajin-rajinlah bukak tafsir ye... Cari huraian maksud ayat di atas… Dan cubalah menilai diri sendiri… luangkan sedikit masa untuk bermuhasabah(mentarbiyah) diri…
No comments:
Post a Comment