Tuesday, December 30, 2008

Tahun Baru? Antara azam dan muhasabah...

Assalamualaikum warahmatullah...

brsmpena dgn tahun baru yg bkal mnjelang..
marilah kita semua menanam azam daripada skrg agar tahun dpan akan mnjadi tahun yg lebih baik seperti yg diharapkan...
dan ana harap posting ringkas kali ini dapat membntu kita semua utk merialisasikn azam kita..
insyaAllah!

Awal tahun bermakna juga berakhirnya tahun sebelumnya. Bermakna juga berlalunya sebuah episod kehidupan kita. Kita perlu meneruskan episod seterusnya dengan melakarkan babak-babak yang bakal kita tempuhi di dalam sebuah skrip yang dinamakan AZAM. Tahun baru adalah masa dan ketika yang sesuai untuk itu. Perlu sangat untuk kita menanam azam. Tapi, di sana ada satu lagi kemestian yang acap kali kita lupa dalam meraikan tahun baru.

Azam perlu digabungkan dengan muhasabah. Menghitung segala kesilapan diri untuk diperbaiki dan diperbaharui dalam himpunan azam yang mendatang. Inilah sikap orang cerdik pandai yang telah disifatkan oleh Baginda saw


dalam sebuah hadith yang bermaksud :



"Orang yang bijak itu adalah mereka yang selalu memuhasabah dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas kematian. Adapun orang yang lemah itu adalah mereka yang mengikuti nafsu mereka dan bercita-cita terhadap Allah (tanpa ada usaha untuk merealisasikan cita-citanya) "



Hadith Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.



-SELAMAT TAHUN BARU 2009-
-SALAM MAAL HIJRAH 1430-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...