Tuesday, August 25, 2009

Ramadan: Madrasah Pendidikan Diri

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan...
Datangmu membawa sejuta rahmat. Pergimu ditangisi para ma
laikat dan penghuni kubur. Sebenarnya antara ibadat yang paling istimewa adalah ibadat puasa. Puasa ni sebenarnya paling unik kerana kita sebenarnya tidak perlu "perform" tapi kita perlu "resist". Kenapa kita menganggap Ramadan sebagai bulan pendidikan? Ramadan sebenarnya sangant mulia dan perlu diambil peluang selama 1 bulan, 30 hari, 720 jam, 43200 minit, 2592000 saat yang ada untuk mendidik diri sebagai seorang muslim yang unggul.


1. Ramadan bulan kesabaran.

Pada bulan inilah segala kemahuan kita dan tindak tanduk kita perlu dijaga. Kalau lapar tak boleh nak makan. Kalau dahaga tak boleh nak minum. Memang terasa nikmatnya kalau kita dapat seteguk air sejuk pada waktu tengahari yang terik ini. Tapi sabar. Itulah tujuan kita berpuasa. Mata kena jaga, lebih-lebih lagi kalau berjalan-jalan di Mid. Kena la jaga pandangan supaya jantung tak berdegu kencang. Hehe. Pada masa inilah kita kena mendidik nafsu yang sememangnya jahat. Kepada golongan yang suka "layan" nafsu sendiri, pada masa inilah kita cuba untuk menundukkan nafsu kita dan tidak lagi melakukan perbuatan terkutuk itu.


2. Ramadan adalah bulan jihad dan perjuangan.

Di dalam bulan ini orang-orang beriman mencapai kemuncak ikhlas dan taqwa, kedua-duanya adalah resepi kemenangan dalam Jihad. Di dalam Ramadan orang-orang beriman memenangi Perang Badar (Tahun 2H), Perang Pembukaan Mekah (Tahun 8H) dan Perang Ain Jalut mengalahkan tentara Monggul. Pada masa inilah kita ingin membina kekuatan. Walaupun tanpa makan dan minum dan sebagainya kita masih lagi boleh melakukan aktiviti harian dan bleh berjuang di jalan-Nya.
3. Ramadan adalah bulan kegigihan dan kerajinan

Bulan yang rahmat ini digandakan amalan2 yg kita lakukan. Oleh itu, gandakanlah usaha dan ibadat sama ada ibadat khusus atau umum. Dengan melakukan yang demikian, kita dapat menjadi orang yang lebih rajin dan gigih.



Semoga Ramadan pada tahun ini merupakan Ramadan yang terbaik buat kita, berjaya kita lalui sepenuhnya dan mendapat rahmah (belas kasih Allah swt), maghfirah (keampunanNya) dan itqum minannar (selamat dari api Neraka). Ya Allah terimalah puasa, solat Tarawih, qiyamullail dan iktikaf kami dibulan yang mulia ini. Ya Allah, terimalah ibadah dan taqarrub (usaha mendekatkan hati dan diri) kami kepadaMu.

Ya Allah, jadikanlah kami diakhir Ramadan dikalangan hamba-hambaMu yang bertaqwa seperti firmanMu bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa…” (surah Al-Baqarah). Ameen.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...