Saturday, January 1, 2011

Lembaran Baru...

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah setelah lama kita tidak mendgr sebarang berita drpd pihak SIS(kerana cuti hujung tahun), kali ini, Allah telah mengurniakan kelapangan kpd aku untuk meng'update'. Setinggi kesyukuran padaNya :)

"Tahun 2011 berlangsung datang, sesuatu harusku lepaskan, kami mengimpikan semuanya cemerlang, tahun 2010 menjadi batu loncatan"


Baiklah saudara-saudari sekalian,
Tahun 2010, terdapat pelbagai peristiwa yang akan kita kenangkan samada baik mahupun kurang baik. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya kerana setiap yang mendatang itu adalah drpdNya. Sama-samalah kita berusaha untuk memperbaiki kesilapan kita di masa lalu dan menjadi lebih cemerlang di tahun ini.

"Hari ini lebih baik dari semalam"

Inilah prinsip hidup yang harus kita genggam erat bagi membolehkan Islam berkembang pesat. Aku terkenang saat kegemilangan Islam. Bagaimana Sultan Muhammad al-Fateh menawan kota Costantinopal, bagaimana Sultan Salahuddin al-Ayyubi menang ke atas Kristian dlm peperangan salib. Di manakah perasaan IZZAH kita untuk menyandang Islam itu sendiri? Mengapa harus berlaku JUMUT dalam setiap yang berlaku ke atas saudara-mara Islam di serata dunia?

Saudara saudari,
renungkanlah bersama... Adakah kita berada di jalanNya yang lurus? Adakah peribadi kita melambangkan umat Islam yang sebenar? Apakah setiap amalan kita itu tulus kerana Allah? Bertanyalah soalan sedemikian kerana dakwah itu memerlukan peringatan. Ni nak kongsi sedikit kata-kata drpd seseorang yang aku kagum;
"Apa yang kita dakwahkan sekarang akan menguji diri sndiri kelak"

Jadi, sama-samalah kita merenungkan apa yang berlaku di sekitar kita, ambil setiap pengajaran yang terdapat dalam satu peristiwa itu sendiri. Jadi, sampai sini sahajalah bicara kita.Semoga entum sekalian dapat mengambil pengajaran sedikit sebanyak :)
Wallahu'alam~

1 comment:

0307 said...

teruskan peerjuangan..
Allah sentiasa bersama kalian =)

namun, igtlah firman Allah; as-Saff: 2 (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...