Monday, February 21, 2011

"Ummi, saya demam.."

Bismillahirrahmanirrahim.. Apa khabar iman dan jasad saudara/i sekalian? Semoga sentiasa sihat dan mantap dengan rahmat Allah hendaknya.

Maudu' di atas adalah dirujuk.
Pastinya kita pernah mengadu begitu pada ummi kita, bukan? Ketika masih di alam kanak-kanak mungkin kerana pada saat ini rata-rata sudah pandai berdikari. Justeru apa yang dilakukan untuk menyembuhkan demam tersebut? Berjumpa tabib, doktor atau sendiri menjadi nujum penyembuh? Pernah tak ummi atau kalian sendiri mengambil tuala kecil kemudian merendamkannya dalam air asam jawa dan diletakkan atas dahi. Pernah tak? Jadi di sini, ingin dikongsi sedikit tentang fiqh perubatan daripada Rasulullah SAW.


Treatment Demam daripada Rasulullah SAW;

1. Daripada Ibn Abbas RA, Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dengan air atau baginda dengan kata lain adalah air zam zam. Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.

2. Daripada Anas b. Malik, Rasulullah SAW bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu sahur.

3. Daripada hadis Nafi' b. Jubir, katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat Subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca basmallah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama tiga hari. Jika tidak sembuh cubalah sebanyak lima kali, tujuh kali, atau sembilan kali. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada sembilan kali, insyaAllah.

Wah, rupa-rupanya tips orang dulu-dulu diambil daripada sunnah nabi. Pesan Rasulullah lagi, 'Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati.'

Wallahu'alam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...