Friday, October 24, 2008

Amalan Istiqamah Setiap Hari

Written by : Muhaimin Naim b. Md. Nasir

Friday, October 24, 2008


1. Solat Tahajud di waktu sepertiga malamsekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.

2. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan di antara jam 8-12 tghari. Nabi SAW bersabda: "Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan org2 yg lalai dan lupa." Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

3. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: "Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman." Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

4. Kemudian baca Surah An-Naba'- Nabi SAW bersabda: "Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba', maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik."

5. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

6. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

7. Selepas Isya' bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.



8. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan "Amanar-Rasul" hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan.

9. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

Tuesday, October 21, 2008

Akhlak & Adab Pelajar Perlu Diberi Penekanan Utama

Written by Muhammad Farris bin Mohd Hanafi
Tuesday, 21 October 2008 13:32
Dalam beberapa hari kebelakangan ini, kita disajikan dengan laporan beberapa insiden salah laku akhlak, yang sampai ke tahap jenayah, yang berlaku di kalangan pelajar sekolah di dalam kawasan sekolah itu sendiri. Terbaru, dilaporkan sekitar 15 hingga 20 orang pelajar lelaki sebuah sekolah di utara negara terbabit dalam insiden pergaduhan. Sedihnya, kes tersebut berlaku tidak sampai seminggu selepas kes pelajar menendang gurunya sendiri di sekolah yang sama.

Kejadian-kejadian tersebut bukanlah yang pertama kali berlaku di negara ini. Malah, negara juga pernah digemparkan dengan insiden ‘bunuh’ yang berlaku di salah sebuah sekolah menengah agama di negara ini. Seharusnya, insiden-insiden salah laku akhlak yang banyak berlaku di kalangan para pelajar sekolah di negara ini diberikan perhatian yang serius dan utama. Biarpun mungkin statistik yang ada menunjukkan bahawa kes-kes salah laku akhlak adalah minoriti, tetapi realiti sebenarnya adalah banyak lagi kes-kes kerosakan moral pelajar sekolah yang tidak dikesan atau tidak dilaporkan. Bagi sesiapa yang sering turun padang untuk berjumpa dengan para pelajar sekolah pasti mengetahui realiti ini.

Dengan realiti tersebut, adalah menjadi satu keperluan yang mendesak untuk sistem pendidikan kita di negara ini meletakkan pembentukan akhlak dan peribadi yang baik itu sebagai keutamaan. Apa yang dapat diperhatikan pada hari ini adalah kita terlalu memberikan penekanan kepada proses pembentukan warganegara yang baik (good citizen) dan bukannya kepada pembentukan manusia yang baik (good man). Kita meletakkan pembelajaran ilmu-ilmu alat seperti matematik dan sains pada kedudukan yang sama rata, jika tidak lebih tinggi, dengan ilmu-ilmu fundamental seperti agama dan pengajian moral.

Tidak dinafikan bahawa sebagai sebuah negara membangun, kita perlu melahirkan ramai tenaga kerja yang mahir dan berketrampilan untuk mendokong dan menguruskan proses pembangunan. Namun, apalah ertinya pembangunan infrastruktur dan material jika tidak diiringi secara seimbang dan adil dengan pembangunan manusia yang berkualiti? Manusia yang berkualiti, sudah tentu, tidak hanya punya kemahiran dan pengetahuan untuk mengurus segala sistem yang ada di persekitarannya, tetapi yang lebih penting daripada itu adalah punya kemahiran untuk mengurus dirinya sendiri serta mengurus hubungannya dengan orang lain.

Dalam hal ini, soal adab dan akhlak yang baik haruslah diletakkan sebagai matlamat utama pendidikan negara. Pendidikan asas agama, faham nilai dan pemupukan akhlak mesti diberikan penekanan yang lebih tinggi berbanding pembelajaran ilmu-ilmu yang lain. Proses membentuk negara yang sejahtera, semestinya harus bermula dengan pembentukan manusia yang baik dan berkualiti, kemudian barulah pembentukan persekitaran dan infrstruktur yang baik. Bersama-samalah kita mencontohi bagaimana Rasulullah s.a.w. mengasaskan kerajaan Madinah al-Munawwarah, serta seterusnya mencetuskan perkembangan tamadun Islam yang merupakan tamadun terbesar dalam sejarah dunia, di mana baginda meletakkan kefahaman agama itu sebagai asas dalam mendidik umatnya.

Sunday, October 19, 2008

A New Hope..

Alhamdulillah....

Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya, kita masih lagi dapat bernafas dengan berbekalkan oxygen yang di pinjamkan kepada kita, oleh Tuhan yang maha esa, Allah.

Mengapa ' A New Hope' ?
Apakah harapan yang baru?
Adakah untuk semua warga SEMASHUR?
atau,
hanya sebilangan sahaja..

Apa yang dimaksudkan dengan 'Hope' di atas sebenarnya.........

to be continued.. dah nk azan lorh~

Exam?? Sungguh tidak bersedia....(saifulislam.com)

islam_africa.jpg

Lama sungguh saya tidak menduduki peperiksaan.

Seperti yang dijangka, semester ini pengajian saya agak membosankan dengan dua subjek berbaki. Dan selepas berbelas minggu berkuliah, petang ini adalah peperiksaan ‘mid term’ kami untuk subjek Islam in Sub Saharan Africa. Apa yang menariknya ialah, soalan peperiksaan sudah pun diberi.

Kami dikehendaki menganalisa kenyataan Bernard Lewis tentang perkembangan Islam di Afrika Utara di kalangan masyarakat Berber. Kata Bernard Lewis:

“Muslim Calvinism found in North Africa its Scotland”

Mengapa interaksi kaum Berber dengan perkembangan Islam di Afrika Utara diistilahkan sebagai Calvinism? Apakah persamaan mereka dengan gerakan Calvinists di Scotland dalam konteks agama Kristian?

Soalan-soalan inilah yang perlu dijawab, dan saya kebingungan memikirkannya.

Moga ada curahan idea dan penemuan bahan rujukan tambahan, bagi 4 jam berbaki ini…. Doakan.

Sahabatku, Jalan ini Bukan Mudah. Aku Bersamamu.

Sahabat..

Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.


Sahabatku yang sangat aku cintai..

Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.


Sahabat..


Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!


Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.


Sahabat...

Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku.


Sahabatku yang dikasihi..

Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.

Sungguh aku bersama mu.


Tulus,

Sahabatmu tercinta..

-S.I.S-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...