Thursday, August 27, 2009

KENAPA KITA KECEWA?

Kadang-kadang kita kecewa disebabkan tidak mendapat apa yang kita inginkan. Kita seringkali menyesal pabila apa yang kita usahakan tapi tidak menjadi seperti yang diimpikan. Contonhya seperti peperiksaan atau apa yang kita lalui sekarang adalah Trial SPM. Kita tidak tahu apa resultnya hasil usaha kita jadi kita sentiasa berdoa dan bertawakal supaya apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan. Tapi pabila kita mendapat result bererapa subjek kita sudah berasa kecewa. Sebab teruk atau tak sangka kita akan dapat markah serendah itu. Lalu, kita pun rasa down dan mulalah memikirkan apa yang akan terjadi.



"Asal teruk sangat result aku? Aku dah cuba wat yang terbaik dah tapi asal result camni gak?" Kadangkala itulah yang meniti di bibir kita. "Camne ni? Risau la. Kalau addmath dah teruk camni apatah lagi subjek lain."

Sebenarnya perlu risau tu supaya kita tidak merasa kita sudah cukup hebat dan tidak perlu berusaha lagi. Tapi pada hakikatnya kita tidak perlu berasa kecewa atau menyesal dengan apa yang kita dapat kerana kita sudah pun memberikan yang terbaik dan kita sendiri yang telah memilih untuk berusaha sehingga ke tahap itu. Tapi tipula kalau kita langsung tidak rasa menyesal dengan result yang teruk. Namun, harus diingat bahawa jangan terlalu memikirkan sangat masa hadapan yang belum pasti atau apa yang akan berlaku selepas ini kerana kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku.
Dr Abdullah Al-Qarni penulis buku best seller 'LA TAHZAN' ada menyebut di dalam bukunya bahawa jangan kita terlau memikirkan sangat tentang masa hadapan kerana ianya adalah satu perkara ghaib dan perkara ghaib hanya diketahui oleh Allah swt. Kita sememangnya boleh merancang dan bermimpi apa yang kita mahukan pada masa hadapan tetapi kita tidak boleh risau atau memikirkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan kerana kita memang tak akan tahu apa yang akan berlaku. Segalanya adalah urusan Allah swt dan kita memang tak layak nak campur tangan dalam urusan Nya.
Jadi apa yang kita perlu lakukan adalah terima seadanya dan teruskan perjalanan kita kerana kita yang mengawal masa sekarang. Ada satu kata-kata hikmat yang sesuai.

"I never look back. I have no regrets. 'Cause time doesn't wait for me. I choose to go my own way." Jadikan itu sebagai satu pengajaran dan kita teruskan melangkah kehadapan.

Ada 1 tips apabila kita berhadapan dengan keadaan sedemikian. 1- sebutlah "La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'azim" (lupa la pulak makna nyer) dan bertwakal kepada Allah. 2-Banyakkan beristighfar memohon keampunan kepada Allah swt kerana ia akan meluaskan rezeki kita.

Kenapa kita perlu beristighfar unutk meluaskan rezeki? Pada zaman Rasulullah saw terdapat seorang sahabat yang bertemu Rasulullah untuk memohon nasihat.

" Ya Rasulullah. Berikan aku satu ayat atau doa yang mampu lariskan perniagaan aku. Aku sudah lama berniaga tapi masih lagi tak kaya." Lalui Rasullauh pun menjawab banyakkan beristighfar. Ada satu keadaan lagi seorang sahabat berjumpa rasulullah tanya apa yang patut dia buat untuk dapat anak kerana sudah berkahwin bertahun tapimasih belum ada anak. Nabi pun bagi jawapan yang sama.

Agak-agak kenapa nabi bagi jawapan begitu. Sebab manusia ni sifatnya sentiasa melakukan kesilapan dan dosa. Jadi antara kita sedar atau tidak kita sentiasa melakukan dosa. Orang berimanyang berdosa ni pada hakikatnya Allah akan menyempitkan pintu rezekinya. Semakin banyak dosa kita semakin sempit rezeki kita. Sebab itu kita perlu beristighfar memohon keampunan Allah supaya pintu rezeki kita menjadi luas.



Jadi kalau kita rasa frust dengan result exam kita banyakkan la istighfar sebab mungkin apa yang kita dapat tu adalah hsil usaha kita sama ada baik atau buruk. Apatah lagi dalam bulan Ramadan, banyakkan la beristighfar. Semoga kita mendapat pengampuanan daripada Nya.

Tuesday, August 25, 2009

Ramadan: Madrasah Pendidikan Diri

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan...
Datangmu membawa sejuta rahmat. Pergimu ditangisi para ma
laikat dan penghuni kubur. Sebenarnya antara ibadat yang paling istimewa adalah ibadat puasa. Puasa ni sebenarnya paling unik kerana kita sebenarnya tidak perlu "perform" tapi kita perlu "resist". Kenapa kita menganggap Ramadan sebagai bulan pendidikan? Ramadan sebenarnya sangant mulia dan perlu diambil peluang selama 1 bulan, 30 hari, 720 jam, 43200 minit, 2592000 saat yang ada untuk mendidik diri sebagai seorang muslim yang unggul.


1. Ramadan bulan kesabaran.

Pada bulan inilah segala kemahuan kita dan tindak tanduk kita perlu dijaga. Kalau lapar tak boleh nak makan. Kalau dahaga tak boleh nak minum. Memang terasa nikmatnya kalau kita dapat seteguk air sejuk pada waktu tengahari yang terik ini. Tapi sabar. Itulah tujuan kita berpuasa. Mata kena jaga, lebih-lebih lagi kalau berjalan-jalan di Mid. Kena la jaga pandangan supaya jantung tak berdegu kencang. Hehe. Pada masa inilah kita kena mendidik nafsu yang sememangnya jahat. Kepada golongan yang suka "layan" nafsu sendiri, pada masa inilah kita cuba untuk menundukkan nafsu kita dan tidak lagi melakukan perbuatan terkutuk itu.


2. Ramadan adalah bulan jihad dan perjuangan.

Di dalam bulan ini orang-orang beriman mencapai kemuncak ikhlas dan taqwa, kedua-duanya adalah resepi kemenangan dalam Jihad. Di dalam Ramadan orang-orang beriman memenangi Perang Badar (Tahun 2H), Perang Pembukaan Mekah (Tahun 8H) dan Perang Ain Jalut mengalahkan tentara Monggul. Pada masa inilah kita ingin membina kekuatan. Walaupun tanpa makan dan minum dan sebagainya kita masih lagi boleh melakukan aktiviti harian dan bleh berjuang di jalan-Nya.
3. Ramadan adalah bulan kegigihan dan kerajinan

Bulan yang rahmat ini digandakan amalan2 yg kita lakukan. Oleh itu, gandakanlah usaha dan ibadat sama ada ibadat khusus atau umum. Dengan melakukan yang demikian, kita dapat menjadi orang yang lebih rajin dan gigih.



Semoga Ramadan pada tahun ini merupakan Ramadan yang terbaik buat kita, berjaya kita lalui sepenuhnya dan mendapat rahmah (belas kasih Allah swt), maghfirah (keampunanNya) dan itqum minannar (selamat dari api Neraka). Ya Allah terimalah puasa, solat Tarawih, qiyamullail dan iktikaf kami dibulan yang mulia ini. Ya Allah, terimalah ibadah dan taqarrub (usaha mendekatkan hati dan diri) kami kepadaMu.

Ya Allah, jadikanlah kami diakhir Ramadan dikalangan hamba-hambaMu yang bertaqwa seperti firmanMu bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa…” (surah Al-Baqarah). Ameen.

Tuesday, August 4, 2009

Nisfu Syaaban

Bismillahirrahmanirrahim.....
Syukur kepada Allah swt telah tiba kita pada bulan Syaaban. Tangga yang kedua dalam perjalanan kita menuju ke puncak ibadat iaitu pada bulan Ramadan al-Mubarak. Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak sama ada penulis blog ini atau pembaca blog yang membaca artikel sebelum ini yang mengisahkan amalan nisfu Syaaban..

Saya memetik daripada sebuah blog Uz Abdul Halim dalam blognya Ustaz Halim INIJALANKU www.inijalanku.wordpress.com

Sempena bulan Syaaban dan malam Nisfu Syaaban, saya nukilkan beberapa hadis dari kitab Sahih Al-Bukhari dan kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty. “Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran.


Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).

Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – penat)”. Aisyah ra menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).


Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra. berkata (bahawa) kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).


Abdullah bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).


Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnya hari pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih Al-Bukhari diatas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail disetiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).


Adapun berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siang harinya, dengan secara khusus menyebut kalimat “Nisfu Syaaban”, status hadis-hadisnya (sahih, hasan sahih, hasan, dhaif, maudhuk dll) adalah menjadi perbincangan akademik para ulamak hadis. Jika tidak mencapai ke tahap Sahih, ia tidak boleh dijadikan hujah Syarak, namun jika dipadankan dengan Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari diatas, ia boleh dijadikan panduan untuk Fadhail A’mal (Fadhilat-fadhilat Amal Ibadah) dalam Islam. “Tiada halangan dibuat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masalah khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama kearah mencapai perkara yang sebenar, tanpa usaha tersebut membawa kepada perdebatan yang tercela dan taksub” (Imam Hasan Al-Banna).


Akhirnya nanti, secara amalinya, bangun malam (qiamullail) dan berpuasa 14hb Syaaban adalah ibadah yang Syar’iyy, merupakan salah satu taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) dan bukan bid’ah.


Berikut adalah sebahagian hadis-hadis berkenaan Nisfu Syaaban dari kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty:

Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).

3082399160_ff483124af

Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.

Doa ku 01


Kesimpulannya yang dapat saya jelaskan di sini adalah:

  1. Islam adalah satu agama yang jitu dan melatih umatnya untuk menjadi seorang yang sabar dan istiqamah. Islam bukanlah agama yang bermusim dan menyuruh umatnya beribadat secara bermusim seperti agama-agama yang lain.
  2. Nabi menyuruh umatnya beribadat secara berterusan dan bukan secara bermusim.
  3. Dalam melakukan amalan ibadat yang khusus seperti solat, zikir dsb perlunya kita mengikuti Rasulullah saw yang merupakan contoh yang terbaik. Jika nabi sendiri atau golongan salafus soleh (sahabat, tabiin) juga tidak melakukannya, adakah kita ingin mengatakan bahawa kita lebih baik daripada mereka dengan melakukan amalan yang tidak dilakukan oleh golongan ini.
  4. Bersiap sedialah unutk menghadapi bulan Ramadan.

Akhir kata, Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu). Ameen ya rabbal alameen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...