Monday, April 12, 2010

Nadwah Kepemimpinan Islam ke-30

Bismillahi awwalam waakhiran!!
Alhamdulillah 'alakullihal..

Buat julung-julung kalinya, Nadwah Kepemimpinan Islam ke-30 diadakan di SBPI Sabak Bernam (INTERCYBER) pada 18-21 Mac 2010. Kursus anjuran Sektor Sekolah berasrama Penuh & Kluster, Kementerian Pelajaran Malaysia ini diadakan bertujuan memupuk semangat kepimpinan islam yang jitu dalam diri setiap peserta yang terlibat bagi membantu organisasi dakwah di sekolah masing-masing melahirkan generasi yang seimbang dari aspek lahiriah dan rohaniahnya.

Semua Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia telah menghantar 6 orang wakil dari Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) sekolah masing-masing bagi menjayakan program tersebut. Antaranya termasuklah Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Sekolah Menengah Sains Selangor, SBPI Rawang, SBPI Gombak, dan 52 buah lagi Sekolah Berasrama Penuh. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) telah diwakili oleh 5 orang Majlis Tertinggi SEMASHUR Islamic Society (SIS) . Mereka ialah;

  • Muhammad Hazim b. Mohd Ali
  • Khawal Izmi b. Ruslan
  • Muhammad Haziq b. Ahmad Tarmizi
  • Afiqah Inani bt. Mohd Haslin
  • Nur 'Ain Fatieha bt. Mohd Noor
* Seorang peserta lagi peserta, Masitah bt. Mior Abdullah, terpaksa menarik diri atas urusan keluarga.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang 4hari 3malam NKI berlangsung ialah;
  • Ice Breaking
  • Ucaptama oleh Tn. Hj. Abd. Rashid b. Ngah
  • Tamrin Qiyadi
  • Kalam Nisa'
  • Ceramah Pengurusan Organisasi BADAR
  • Kembara Minda
  • Explo-Riadah
  • Riadah
  • Forum NKI "Diskusi Globalisasi Kepemimpinan Islam"
Majlis Penutupan NKI Ke-30 telah dirasmikan oleh YB Dr. Puad b. Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. YB mengingatkan para peserta supaya memahami ‘apa ertinya saya menganut Islam’ dan menterjemahkan sebagai seorang pemimpin di dalam kehidupan. Begitu juga beliau mengharapkan para pelajar bertindak sebagai seorang daie iaitu ‘nahnu duat la qudhat’ ( kami pendakwah bukan penghukum).

NKI Ke- 30 telah melabuhkan tirainya, moga NKI ini mampu melahirkan barisan kepemimpinan Islam contoh pada masa akan datang, Insya-Allah.

"Membina Jati Diri Kepemimpinan Terbilang"

Wallahu'alam..

2 comments:

ummu aiman said...

alhamdulillah..
tahniah adik2...semoga Nadwah Kepimpinan Islan tahun ni bermanfaat dalam perjungan dakwah kalian..insyaAllah..^_^

farrishanafi said...

alhmdulillah..kholas..
tapi kenapa 5 org je?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...