
Friday, June 4, 2010
Artikel Cuti Pertengahan Tahun 2010!!

Monday, April 12, 2010
Nadwah Kepemimpinan Islam ke-30
Semua Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia telah menghantar 6 orang wakil dari Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) sekolah masing-masing bagi menjayakan program tersebut. Antaranya termasuklah Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Sekolah Menengah Sains Selangor, SBPI Rawang, SBPI Gombak, dan 52 buah lagi Sekolah Berasrama Penuh. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) telah diwakili oleh 5 orang Majlis Tertinggi SEMASHUR Islamic Society (SIS) . Mereka ialah;
- Muhammad Hazim b. Mohd Ali
- Khawal Izmi b. Ruslan
- Muhammad Haziq b. Ahmad Tarmizi
- Afiqah Inani bt. Mohd Haslin
- Nur 'Ain Fatieha bt. Mohd Noor
- Ice Breaking
- Ucaptama oleh Tn. Hj. Abd. Rashid b. Ngah
- Tamrin Qiyadi
- Kalam Nisa'
- Ceramah Pengurusan Organisasi BADAR
- Kembara Minda
- Explo-Riadah
- Riadah
- Forum NKI "Diskusi Globalisasi Kepemimpinan Islam"


NKI Ke- 30 telah melabuhkan tirainya, moga NKI ini mampu melahirkan barisan kepemimpinan Islam contoh pada masa akan datang, Insya-Allah.
"Membina Jati Diri Kepemimpinan Terbilang"
Wallahu'alam..
Monday, February 15, 2010
Isu Nama Allah
Pelbagai pendapat telah beredar dan ada yang bersetuju dan tidak. Ada yang mengatakan ia berkemungkinan merupakan fitnah politik yang di cetuskan untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat. Ada yang menyahut positif keputusan ini dengan hanya menilai kesan jangka pendek dari sudut keterbukaan non-muslim terhadap kalimah ALLAH yang begitu asing bagi mereka.
Namun begitu, apa yang lebih penting adalah bagaimana kita perlu melihat isu ini daripada sudut yang lebih besar dan menilai satu persatu persoalan yang timbul dengan matlamat;
1. Menjaga kesucian nama Islam
2. Mempertahankan Aqidah umat Islam di Malaysia (Baik sekarang atau masa hadapan)
3. Mendekatkan non-Muslim kepada Islam
4. Tuntutan terhadap perkara lain yang sensitif. Ini salah satu daripada kejutan yang ada
Kita harus pelajari apa yang telah terjadi di negara jiran kita Indonesia yang sudah biasa dengan penggunaan kalimah ALLAH dan lain-lain kalimah suci Islam. Dan apakah impak terhadap generasi mudah Islam sekarang ? Dari sudut kefahaman Islam, media massa, filem-filem dan muzik ? Penyebaran buku-buku dan risalah kerana perkara ini kemungkinan akan terus membiak kepada perkara lain.
Dengan kadar usaha Kristianisasi yang semakin giat dan melihat kes-kes pemurtadan yang makin tinggi di Malaysia, adakah anda semakin selesa ?