Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidurrasul 1432H

Bismillahirrahmanirrahim. Bacalah dengan nama Tuhan yang menciptakan..

Selawat & salam juga buat kekasih kita Muhammad SAW.

Salam Maulidrrasul diucapkan buat seluruh umat Islam yang meraikannya.

Semoga dengan meraikan sambutan Maulidurrasul ini membuatkan kita sentiasa ingat perjuangan dan pengorbanan Rasulullah dalam membawa ajaran Islam. Bayangkan saja, bagaimana nikmat Iman dan Islam dapat kita miliki pada hari ini tanpa pengorbanan hebat daripada baginda? Renung-renung dan fikir-fikirkan. Ana tidak mahu mengulas panjang tentang episod kelahiran baginda kerana ramai yang telah maklum. Tahu atau tidak, baginda juga wafat pada tanggal 12 Rabiulawal? Justeru, ingin ana kongsikan sebuah video yang boleh menyentuh hati kita sebagai umat baginda. Hayatilah baitnya..




Bagaimana perasaan antum sekarang? Lihatlah betapa kuatnya kasih dan cinta baginda kepada umatnya sehingga ke akhir hayatnya masih lagi memikirkan nasib kita. Macam mana pula dengan kita..? Tepuk dada, soallah imanmu. Semoga kita dapat meneladani jerih perit pengorbanan baginda. Marilah sama-sama kita menghidupkan sunnah baginda. Cintai Allah, sayangi Rasulmu.. Terus berjuang!

1 comment:

Ezan Izzah Izzy said...

mari2..dapatkan majalah sinergi edisi ke 4..sangat mesra pelajar sekolah dan pelajar universiti..dapatkan segera!! utk tahu lebih lanjut, layari
http://ezansahizzah.blogspot.com/2011/03/sinergi-dirimu-aku-sanjungi.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...